[mua.fa.kat] | موافقت
Definisi : 1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Lak-samana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, penyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pembicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun be-layarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. berunding (bermesyuarat) dgn: hendaklah eng-kau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara; semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri; bermuafakat berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl mempersetujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; kemuafakatan 1. perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, perjanjian: dgn ~ segala orang besar; permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mua.fa.kat] | موافقت
Definisi : 1 seia sekata; setuju: Ia tidak ~ dgn cadangan itu. 2 sesuatu yg disetujui; persetujuan: Dgn ~ adik-beradik, kami pun berpindah dr situ. 3 perbicaraan; rundingan: Mereka mengadakan ~ dahulu sebelum bertindak. bermuafakat berunding utk mencapai sesuatu persetujuan; bermesyuarat: Mereka ~ dahulu sebelum mengambil keputusan. memuafakatkan membincangkan atau membicarakan sesuatu. kemuafakatan keadaan atau hal muafakat. permuafakatan 1 perbuatan atau hal bermuafakat; perundingan. 2 hasil drpd bermuafakat; persetujuan; kata setuju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)