[mua.tan] | مواتن
Definisi : barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll): sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu; ~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg dikirim dgn kapal dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mua.tan] | مواتن
Definisi : barang-barang yg dibawa (oleh lori dll); isi kapal dll: Apabila sampai di Pelabuhan Kelang, segala ~ kapal itu diturunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)