Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.lia] | موليا

Definisi : 1. tinggi (kedudukan, pangkat, martabat, dsb), luhur, terhormat, tertinggi; yg maha ~ panggilan utk sultan dan raja yg memerintah; yg teramat ~ panggilan utk raja muda (bakal raja); yg amat ~ panggilan utk anak-anak raja (keluarga diraja yg dekat-dekat); yg ~ panggilan utk orang baik-baik; ~ raya yg besar lagi dihormati; 2. tinggi mutunya, berharga (barang, logam, dll); logam ~ emas dan perak; memuliakan 1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, “Dan sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam”; 2. menjunjung tinggi, meng­hormati; ~ janji menepati janji; mempermulia 1. menjadikan lebih mulia; 2. sl (sangat) menghormati: hatta Raja Rekan pun datang mengadap ke Melaka, sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad; kemuliaan perihal mulia, kebesaran, kehor­matan, keluhuran: kehidupan raja, ~ dan kebesarannya sering dikaitkan dgn peristiwa sejarah bangsa Melayu; pemuliaan perihal (perbuatan) memuliakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.lia] | موليا

Definisi : 1 tinggi kedudukan, pangkat dll; terhormat: Yang Maha ~. 2 tinggi mutunya; berharga: logam ~ emas dan perak. memuliakan 1 menjadikan mulia. 2 menjunjung tinggi; sangat menghormati: ~ suruhan Tuhan menjunjung tinggi perintah Tuhan. ~ janji menepati janji. mempermulia menjadikan lebih mulia. kemuliaan keadaan mulia; kebesaran; kehormatan. pemuliaan perihal atau perbuatan memuliakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mulia (adjektif)
Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;,
Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan,

Puisi
 

Hormat dulu diri sendiri,
     Itulah tanda orang yang mulia;
Jangan dikejar gunung yang berlari,
     Hilang kabus nampaklah dia.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Akhlak mulia membentuk masyarakat madaniRamlan Abd. WahabDewan Budaya1 October 1997
"Akhlak mulia masyarakat jaya"Zainal Abidin AhmadDewan Masyarakat1 August 1997
Insan MuliaIzani H.DDewan Agama & Falsafah1 September 2004
Kasih mulia seorang ibuKhairul AmriMedia Hiburan16 July 2005
Akhlak MuliaTan Ka KeatDewan Siswa1 December 1997
Insan MuliaH. M. IqbalAl Islam1 June 2001
Cinta muliaAbdul Rahman RukainiDewan Siswa1 August 1985
Kita Insan MuliaRahim M.S.BAHANA1 December 2008
Menjana akhlak mulia: semua pihak perlu memainkan perananAdimas Halim Abdul ManafDewan Agama & Falsafah1 March 2003
Syawal yang MuliaUthaya Sankar SBDewan Siswa1 November 2005
12345

Kembali ke atas