Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.kho.da] | نخودا

Definisi : 1. pemimpin atau ketua perahu (kapal), juragan; 2. kapten kapal;bagai ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb membuat pekerjaan yg membawa ke­rugian (perbelanjaan yg berlebih-lebihan); belayar dgn ~, berjalan dgn yg tahu, berkata dgn yg pandai prb sebarang pekerjaan yg besar itu hendaklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yg ahli supaya selamat; menakhodai menjadikan nakhoda kpd, mengetuai: kapal yg dinakhodai oleh orang Arab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.kho.da] | نخودا

Definisi : 1 ketua kapal atau ketua perahu. 2 kapten kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nakhoda
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Kain kasa berbunga dedap,
     Dibawa nakhoda di negeri Keling;
Hati berdebar rasa tak sedap,
     Kerana cinta sudah berpaling.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Biduk satu nakhoda dua.

Bermaksud :

Perempuan yang menduakan suami; suatu pekerjaan dua kepalanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Nakhoda baharu Dewan Bahasa dan PustakaTiadaDewan Bahasa1 March 2009
Nakhoda baharu Dewan Bahasa dan PustakaTiadaDewan Sastera1 March 2009
Nakhoda baharu Dewan Bahasa dan PustakaTiadaDewan Ekonomi1 March 2009
Nakhoda baharu Dewan Bahasa dan PustakaTiadaPelita Bahasa1 March 2009
Nakhoda Baharu Dewan Bahasa dan PustakaTiadaDewan Siswa1 March 2009
Nakhoda baharu Dewan Bahasa dan PustakaTiadaDewan Budaya1 March 2009
Nakhoda Baharu Dewan Bahasa dan PustakaTiadaDewan Masyarakat1 March 2009
nakhoda baharu Dewan Bahasa dan PustakaTiadaTunas Cipta1 March 2009
Nakhoda Empat Buah Negeri BerubahG. ManimaranDewan Masyarakat1 April 2008
Nakhoda bahasaZulfazlan JumrahDewan Bahasa1 November 2007
123

Kembali ke atas