Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ma] | نام

Definisi : 1 panggilan atau sebutan bagi orang, barang, tempat dll: ~ kakak saya Salmah. Apa ~ benda yg kaupegang itu? 2 maruah; kemasyhuran: ~nya telah rosak telah hilang maruahnya. ~ baik kehormatan; maruah. ~ batang tubuh nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll). ~ cembung (timangan) nama yg digunakan bagi diri seseorang utk menyatakan kekariban (sayang atau manja). ~ log masuk ist nama unik yg diberikan bagi setiap akaun komputer utk mengenali seseorang pengguna komputer semasa memulakan penggu­na­an sistem atau rangkaian komputer. ~ pena nama yg bukan nama sebenarnya yg digunakan oleh penulis (penyajak dsb) pd karyanya. ~ samaran nama utk menyembunyikan nama sebenar. bernama 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. menamai memberikan nama kpd; membubuh nama pd; menggelar seseorang: Dia ~ anaknya Adli. menamakan 1 mem­berikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia ~ Adli kpd anaknya. Orang Melayu telah ~ tir bagi buah catur yg berbentuk spt kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka ~ beberapa orang calon dlm pemilihan itu. ternama dikenali ramai; termasyhur; terkenal: Picasso ialah pelukis yg ~. kenamaan 1 dihormati dan disegani (kerana kepintaran, kepandaian dsb): ahli bahasa yg ~. 2 berpangkat ting­gi; besar (bkn orang, pegawai dll): Mereka itu anak orang-orang besar dan ~. penamaan perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan. penama 1 orang yg membubuh nama atau yg mencalonkan; pencadang. 2 orang yg dinamakan sbg waris (pemegang kuasa dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Gajah mati meninggalkan tulang,
     harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Nama-nama mengurai TubuhkuAhda, ImranHorison1 April 2006
Nama-nama orang MelayuSyeikh SalimPelita Bahasa1 July 1997
Mengeja nama-nama khas menggunakan tulisan jawiAminah HarunPelita Bahasa1 February 1990
Senarai nama-nama ejen/pengedar DBPTiadaDewan Bahasa1 April 1978
Pelaksanaan sistem ejaan baru (ejaan rasmi) pada nama-nama geografi..Mohd Ashaari ReduanDewan Bahasa12 January 1987
Antara apa nama awak?dan siapa nama saudara?Umar JunusPelita Bahasa1 July 1991
Nama Saya Epal KuningRoslan JomelDewan Sastera1 April 2007
Nama 1001 maknaIbnu Ahmad Al-KurauwiDewan Masyarakat1 May 2007
NamaA. Aziz DeramanDewan Sastera1 October 2001
Nama-MuAdnan A. M.Jelita1 March 2008
12345678910...

Kembali ke atas