Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[né.kad] | نيکد

Definisi : (nékad) = menekad 1. keras atau kuat kemahuan, tabah serta cekal hati: keboleh­an­nya bercakap bahasa Melayu lebih drpd dahulu dan semangatnya utk belajar lebih ~; 2. tidak berasa takut-takut lagi, terlalu berani: apabila habis serangan udara, guni beras itu lesap dibawa oleh orang yg ~; rompakan bank yg ~; 3. tidak mempedulikan apa-apa lagi (utk melakukan sesuatu), tidak berfikir panjang lagi: ia tidak mempunyai perhitungan apa-apa, ia sudah ~, dan sudah berserah sepenuhnya kpd takdir; 4. tidak mahu me­ngalah dll, berkeras kepala, berdegil: orang yg kalah itu tetap ~ saja; kenekadan perihal nekad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[né.kad] | نيکد

Definisi : /nékad/ 1 tidak menghiraukan apa-apa yg akan berlaku kpd dirinya (utk melakukan sesuatu); tetap tidak mahu mengalah: Sesudah terdesak, dia ~ melawan perompak itu. 2 tabah serta cekal hati; keras kemahuan: Ia ~ melan­jutkan pelajaran hingga ke universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nekad (adjektif)
1. Bersinonim dengan gigih: cekal, tabah, kuat kemahuan, kuat semangat,

2. Bersinonim dengan berani: tidak takut, tidak gentar, dakar,
Berantonim dengan takut

3. Bersinonim dengan tidak mahu mengalah: keras kepala, keras hati, degil, tegar hati, tegar tengkok, tekak, bengal, bingal, babil, ungkal, mengotot, dampit, senggang, dahagi, keras keng, deging,

Kata Terbitan : kenekatan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
NekadHezlin HarisDewan Siswa1 September 1990
Juruterbang nekadTiadaDewan Siswa1 February 1982
Ekspedisi nekad ke bumbung duniaArshad RawianDewan Siswa1 August 1986
Kegetiran dan kegigihan hidup [Ulasan novel Nekad oleh Nazel Hashim Mohamad]Suria JanibTunas Cipta1 August 2005
Pasir jerlus: "bertindaklah dengan tepat dan nekad"TiadaDewan Kosmik1 August 1996

Kembali ke atas