Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.jék.tif] | اوبجيکتيف

Definisi : (objéktif) 1. sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan ke­nyataan atau fakta sebenar; 3. tidak di­kuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau pra­sangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilih­an dan markah yg diberikan tidak ber­gantung pd penilaian pemeriksa; berobjektifkan mempunyai sesuatu sbg objektif;mengobjektifkan menjadikan objektif; keobjektifan perihal objektif, objektiviti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ob.jék.tif] | اوبجيکتيف

Definisi : /objéktif/ 1 hanya mengenai hal atau pokok yg dibicarakan saja dan tidak termasuk pendapat atau prasangka sendiri. ujian ~ ujian yg dlm kertas soalannya terdapat jawapan dlm bentuk pilihan dan calon ujian dikehendaki menandai jawapan yg betul saja. 2 tujuan sesuatu perkara: Sebarang projek, sama ada kegiatan ekonomi atau kebudayaan, mestilah mempunyai ~ ke arah perpaduan kebangsaan. 3 sesuatu yg khusus yg ingin dicapai; matlamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
objektif
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan faktual
( empiris, saintifik, sebenar, rasional, wajar, waras, berpatutan, tidak peribadi, tidak emosional, tanpa prasangka, saksama, adil, tidak berat sebelah, tidak memihak, berkecuali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan subjektif

2. Bersinonim dengan tujuan
( matlamat, sasaran, bulan-bulan, sekip, kehendak, hajat, hasrat, niat, maksud, impian, cita-cita, harapan, misi, motif, destinasi, aspirasi, haluan., )
(kata nama:)



Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Seni lukis moden: objektif dan non-objektifSiti Zainon IsmailDewan Sastra15 June 1974
Objektif DEB mesti terang: Dr fatimahTiadaMilenia Muslim1 October 2005
Ujian objektif sebagai alat pengesan kelemahan dalampembelajaran-pengajaran bahasaKoh Boh BoonDewan Bahasa1 October 1980
Komunikasi Pendakwahan Objektif dan Subjektif (Analisis Cerpen Dewan Sastera, Mei 2002)Jeniri AmirDewan Sastera1 June 2002
Pena dengan objektif, keterampilan dan impak tintanyaShahnon AhmadDewan Sastera1 September 2008
"Seniman harus objektif dan realistik..."Ungku A. AzizDewan Masyarakat15 December 1969
Keuntungan semata: bukan objektif perniagaan yang berjayaTiadaDewan Ekonomi1 July 1998
Formula kebolehbacaan: satu cara objektif untuk menentukan tahapkebolehbacaan bahan-bahan bacaanKhadijah Rohani Md YunusDewan Bahasa1 April 1987
'Bahasa amat penting untuk menyampaikan objektif parti." - Tengku Razaleigh HamzahRitah Yahaya dan Azmi Hilman AzizDewan Bahasa1 November 2007
Kurikulum bahasa Malaysia sekolah menengah rendah: satu huraiandaripada aspek matlamat dan objektifMarzukhi Nyak Abdullah, Ahmad Jawahir TugiminJurnal Dewan Bahasa1 May 1990

Kembali ke atas