Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.la/] | اولق

Definisi : 1. = olakan gerakan berpusing (berkisar, berputar), kisaran, pusaran, putaran; ~ air pusaran air; ~ angin pusaran angin; arus ~ arus yg berpusing; 2. ombak kecil: ~-~ itu berkejar-kejaran menumpu permatang; berolak 1. berkisar, berpusing, berputar; 2. ber­ombak kecil; perolakan perihal berolak: lakukan penyem­buran dan pendebuan pd waktu pagi utk menghindari ~ angin menegak; pengolak; ~ haba alat dll yg memutarkan haba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.la/] | اولق

Definisi : sj gelendong kayu yg berputar (pd alat tenun). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.la/] | اولق

Definisi : Mn 1. hilir; ke ~ ke hilir; sebelah ~ sebelah hilir (bawah); 2. kembali, ulang; membayar ~ membayar kembali; berolak tidak kuat lagi, sudah agak lemah (badan dll), tidak mujarab lagi (ubat dll); mengolak 1. terpelanting kembali (kerana tidak lut dll); 2. enggan atau tidak hendak lagi (makan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.la/] | اولق

Definisi : 1 = olakan gerakan berpu­sing atau berkisar; pusaran: ~ air pusaran air. 2 ombak kecil. berolak berpu­sing; ber­­­kisar. perolakan putaran haba dr sesuatu bahagian ke bahagian lain me­­­lalui pergerakan tertentu: hujan ~. pe­ngolak; ~ haba alat yg memutarkan haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[o.la/] | اولق

Definisi : ; olak-alik sentiasa berulang-alik atau berubah-ubah (bkn pegang­an, pendirian dll). mengolak-alik­kan 1 memutarbalikkan (sesua­tu pen­­dapat dll); membalik-balikkan. 2 mem­per­main-mainkan; mem­per­sen­dakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
olak (kata nama)
Bersinonim dengan alun, riak, ombak, gelombang;,
Kata Terbitan : berolak, olakan,

Puisi
 

Dari seberang pergi ke Deli,
     Bawa utusan dari sana;
Gelombang besar jangan peduli,
     Jaga olak dari mana.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Salina: Olak dan GelombangAbdul AhmadDewan Sastera1 March 2001

Kembali ke atas