Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.bit] | اوربيت

Definisi : (Fiz) 1. laluan yg diikuti oleh sesuatu planet, satelit, dsb dlm pergerakannya menge­lilingi jasad cakerawala yg lain di bawah pengaruh graviti; ~ rendah orbit yg biasanya bulat, altitudnya kurang drpd 1000 km dan tempoh bergerak dlm orbit kira-kira 90 minit; 2. laluan elektron mengelilingi nukleus atom; mengorbit 1. bergerak mengikut peredaran orbit: tempoh ~ kira-kira 90 minit; 2. ki men­cari jalan memburu kejayaan (nama) dlm bidang tertentu: manusia hanya sekadar makhluk tidak bererti yg ~ dlm dunia yg maha luas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.bit] | اوربيت

Definisi : jalan yg diikuti oleh planet dlm peredarannya mengelilingi planet lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
orbit (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan litaran, laluan, jalan, kitaran, pusingan, putaran.,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Orbit HidupRuhanie HrDewan Sastra15 February 1974
Orbit PerantauanBaharin RamlyDewan Sastera1 March 1990
Razaksat satelit pertama diletakkan di orbit hampir khatulistiwaNormi HasanDewan Kosmik1 September 2006

Kembali ke atas