Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.ga.ni.sa.si] | اورݢانيساسي

Definisi : kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm se­suatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan: ~ kaum wanita; ~ politik; berorganisasi mempunyai organisasi, ter­susun dgn baik dan rapi: kaum tani mulai ~ dlm gerakan pertahanan rakyat; kejayaan hidup berkeluarga bergantung pd kejayaan dirinya hidup ~; keganasan yg dilakukan secara ~; mengorganisasikan mengatur dlm organi­sasi, menyusun menjadi kesatuan dsb yg ter­atur: ~ badan politik; pengorganisasian perihal (proses) meng­orga­ni­sasikan sesuatu: institusi itu menitik­beratkan ~ ilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.ga.ni.sa.si] | اورݢانيساسي

Definisi : kesatuan (susunan) ber­bagai-bagai bahagian (orang dsb) yg bersistem dlm sesuatu pertubuhan atau perbadanan, dan mempunyai tujua­n tertentu. mengorganisasikan menyu­sun dan mengurus berbagai-bagai bahagian (orang dsb) sehingga men­jadi sebuah organisasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
organisasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pertubuhan, perbadanan, persatuan, persekutuan, kesatuan, kumpulan, badan, agensi, jabatan, gabungan, lembaga, syarikat, yayasan, firma, institut, konsortium, kelab, parti, sindiket.,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Organisasi novel tidak teguh: laporan Panel Hadiah Sastera Malaysia1982/1983TiadaDewan Sastera1 March 1985
Organisasi berkasih sayang (diwawancara oleh Norzeha Kasbi)A. Wahid KasranDewan Sastera1 February 1995
Organisasi dan kewanganA. Aziz DeramanDewan Budaya1 April 1995
Organisasi, perlembagaan dan sikap Malaysia [diwawancara oleh Wan OmarAhamed]Ismail HusseinDewan Sastera15 November 1978
Organisasi Sasterawan Nusantara merealisasikan impianHamzah HamdaniDewan Sastera1 August 1991
Organisasi dan keanggotaan UMNOTiadaDewan Masyarakat1 May 1996
Organisasi, otak dan organismeWan Ahmad Tajuddin Wan AbdullahDewan Kosmik1 June 1996
Organisasi belajarJaafar Abdul RahimDewan Masyarakat1 August 1995
Keperluan organisasi yang berunsurkan maklumatDrucker, Peter FDewan Ekonomi1 August 1997
Menjadikan organisasi yang berjayaRusinah SironDewan Ekonomi1 April 1998
123456

Kembali ke atas