Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.rién.ta.si] | اوريئينتاسي

Definisi : (oriéntasi) 1. arah aliran yg diikuti atau yg menjadi spt landasan bagi sesuatu pergerakan (perkembangan dll): sikap atau ~ intelektual tidak dapat dicapai hanya melalui latihan yg berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran tertentu; 2. kegiatan (peninjauan dsb) yg menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu ke­adaan baru (matlamat tertentu dll): pd hemat saya, tidak perlu memberikan ~ baru kpd pelajar-pelajar kita supaya tanggapan dan niat mereka belajar di universiti memenuhi harapan yg kita letakkan pd mereka; berorientasi melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan dll); berorientasikan mempunyai sbg orientasi, berasaskan sesuatu orientasi: industri-industri yg ~ eksport; sistem pendidikan yg ~ pepe­riksaan; sebuah karya Melayu yg ~ tradisi Arab; strategi ekonomi yg ~ per­tumbuhan; mengorientasikan menyesuaikan (menye­laraskan dsb) kpd sesuatu atau utk mencapai sesuatu: diperlukan latihan semula atau latihan dlm perkhidmatan utk ~ semula pemikiran dan pengetahuan mereka; kese­luruhan sistem pendidikan mestilah diorien­tasikan utk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di kalangan para pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.rién.ta.si] | اوريئينتاسي

Definisi : /oriéntasi/ suai kenal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
orientasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan arah, hala, kecenderungan, kecondongan.,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Orientasi budaya dan wawasan estetik Ajamuddin TifaniSuryanata, Jamal T.Horison1 January 2006
OrientasiNurfikBahana1 November 1996
Orientasi sebutan bahasa Malaysia bakuRedan GinohJurnal Dewan Bahasa1 January 1992
Orientasi di IPT AwamMazni MustaphaDewan Budaya2 January 2001
Orientasi kebudayaanBaha ZainDewan Sastra15 January 1973
Orientasi & peranan sains sosialTiadaDewan Masyarakat15 August 1974
Orientasi waktuAinon MohdDewan Masyarakat1 November 1996
Program Orientasi Tingkatan 6Muhammad Akhimullah HamidTiadaTiada
Konsep orientasi pelanggan dalam pengurusanMat Lazim SallehDewan Ekonomi1 April 1996
Universiti: bentuk orientasi dan kekurangannyaS. Othman KelantanMalaysia1 February 1982
12

Kembali ke atas