Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.dai] | ڤنداي

Definisi : 1. cerdik, pintar: semua orang menerimanya menjadi ketua kerana ia ~; orang ~-~ orang yg terpelajar (berilmu); bijak (cerdik) ~ a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar, cendekiawan; 2. bijak, cekap, mahir: begitu ~ ia berpura-pura; 3. boleh, mampu, sanggup: sekarang dia sudah ~ membuatnya sendiri; 4. sesuka hati (ikut mana yg difikirnya elok), sekehendak hati: selama ini, ~ kakaklah memelihara ibu; 5. orang yg mahir dlm pertukangan dll, tukang, ahli; ~ besi tukang besi; ~ canai tukang mencanai pisau; ~ emas tukang emas; ~ hidup a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dll); b) pandai bergaul dgn orang lain supaya tidak dibenci dll; ~ jatuh bp pandai mencari alasan dll utk menyelamatkan diri; ~ kayu tukang kayu; ~ lukis ark orang yg pandai membuat gambar, jurulukis, tukang lukis; ~ membawa untung sedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dll; ~ tenggang (akal) pandai mencari akal; ~ ubat ahli ubat; ~ menyipat, tidak ~ menarah prb tahu me­nyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu mem­buat kerja; ~ makan, ~ simpan prb pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia; sepandai-pandai bagaimana (betapa) pan­dai sekalipun: ~ tupai melompat, sekali akan gawal juga; berpandai-pandai Mn melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dgn orang lain: ~ engkau mengajak lakimu; memandai, memandai-mandai membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri: kebanyakannya itu, kerananyalah yg ~ sendiri; ~ diri berpandai-pandai; memandaikan 1. sl membuat, membina; 2. menjadikan pandai: amanat guru adalah utk ~ murid; kepandaian kecerdikan, kemahiran, kepin­taran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; berkepandaian mempunyai kepandaian (kemahiran): ia tiada ~ suatu apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dai] | ڤنداي

Definisi : 1 lekas mengerti serta faham akan sesuatu yg diajarkan; tidak bodoh; cerdik: Dlm darjahnya, dialah yg paling ~. 2 tahu serta dpt melakukan sesuatu; mahir: Bapa saya ~ berbahasa Jerman. 3 orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan; tukang: ~ emas tukang emas. memandai-mandai berbuat sesuatu mengikut fikiran sendiri; berbuat sekehendak hati; berlagak pandai: Jika tidak tahu, tak usahlah ~. kepandaian keadaan atau sifat pandai; kebolehan serta kemahiran; kecerdikan: Dgn ~ memanah itulah, askar Mesir dpt mengalahkan negeri Parsi pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,

Puisi
 

Memasang jerat sudah lama,
     Dapat seekor burung nuri;
Saya pergi tiada lama,
     Pandai-pandai menjaga diri.


Lihat selanjutnya...(146)
Peribahasa

Pandai makan tak pandai simpan.

Bermaksud :

Tak pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Kalau pandai makan, pandai simpan).

 

Lihat selanjutnya...(92)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Daripada Editor: Pandai bahasa, pandai berbahasaNor Hazizan TalibDewan Bahasa1 January 2002
S. Othman Kelantan pandai menulis, tapi tak pandai mengarangMohd. Affandi HassanMastika1 December 1971
Pandai bahasa asing apa kata mereka?Azmi Hilman AzizDewan Bahasa1 January 2008
Pandai besi dan kesenian persenjataan MelayuAbd. Ghafar LatipDewan Budaya1 March 1997
Pandai SelangorA. Ghafar IbrahimDewan Sastera1 February 2005
Pandai-pandailah memilih kalkulatorMohd. Hamdan AdnanDewan Siswa1 January 1988
Pandai Besi dengan KerisHazman AbdullahMastika1 June 1990
Kereta pandai bercakapA.F. AzamDewan Pelajar1 April 1983
Wee pandai JawiSuria JanibPelita Bahasa1 July 2008
Fragmen Pandai BesiBudiman, Beni RHorison1 February 2000
12345

Kembali ke atas