Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.pa.ran] | ڤاڤرن

Definisi : 1. sesuatu (penjelasan, kenyataan, huraian dsb) yg dipaparkan: ~ kesengsaraan mangsa perang itu di media massa pernah membuat lidahnya kelu buat seketika; ~ kes ini menunjukkan seolah-olah usaha kerajaan selama ini utk mengurangkan kadar jenayah belum mencukupi; 2. maklumat spt teks, perkataan, grafik, simbol, gambar dsb yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: telefon itu menawarkan ~ grafik yg besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pa.ran] | ڤاڤرن

Definisi : 1 maklumat, spt teks, gambar, simbol yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: ~ yg terdapat pd komputer itu sangat menarik. 2 sesuatu kejadian, penjelasan, kenyataan dsb yg dipaparkan di televisyen, akhbar dsb: ~ penderitaan dua beranak itu telah mendapat simpati orang ramai. ~ hablur cecair ist peranti paparan yg terdiri drpd dua keping bahan pengutub yg melapisi larutan suatu jenis hablur cecair, biasanya terdapat pd komputer riba, mesin kira, dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papar (adjektif)
Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;,
Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Paparan makna tanpa suaraMohd. Ali SalimDewan Bahasa1 December 2008
Kanang: Paparan Masyarakat Iban SarawakAbdul Razak Mohd. KassimPelita Bahasa1 November 2002
Kesan yang tersirat: disebalik paparan iklanShahriza SidinDewan Ekonomi1 May 1998

Kembali ke atas