Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lan.tar] | ڤلنتر

Definisi : orang yg menyampaikan atau mengemukakan (permohonan, permintaan, dll), pengantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.tar] | ڤلنتر

Definisi : 1. bangku panjang tempat duduk di pekarangan (belakang rumah): mereka duduk di ~ sambil berhandai-handai dgn riang; 2. lantai tinggi yg bersambung dgn rumah dan tidak beratap (tempat menjemur kain, meletak air, dll): di ~, pinggan mangkuk banyak belum berbasuh; 3. tangga yg berpara-para (utk mengerjakan tembok dll yg tinggi-tinggi), aram-aram; ~ benua bahagian pinggir benua yg ditengge­lami air laut; ~ minyak binaan serta peralatan yg dijadikan sbg pangkalan tempat operasi menggerudi telaga minyak di laut atau di da­rat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.tar] | ڤلنتر

Definisi : penghantar, pengantara; ®lantar I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.tar] | ڤلنتر

Definisi : 1 bangku panjang tempat duduk-duduk di halaman atau di belakang rumah. 2 lantai (biasanya tidak beratap) tempat menjemur kain dll yg dibina di antara tangga dgn rumah. ~ benua ist kawasan pinggir di keliling sesebuah benua, yg landai dan melebar dr tepi laut hingga ke lantai lautan. ~ minyak binaan serta peralatan yg dijadikan sbg pangkalan tempat operasi menggerudi (telaga) minyak di laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelantar

Puisi
 

Tepak sirih di tepi dapur,
     Buat pelantar di rumah Tuk Penghulu;
Minta sirih barang sekapur,
     Buat ubat hati rindu.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pelantar PenghidupanIzani HDIbu1 June 1996
Pelantar yang lebih selamatN. Z. AbidinDewan Siswa1 August 1989
Industri pelantar minyakAmir TanDewan Ekonomi1 April 1995
Sejarah pembangunan industri pelantar minyak MalaysiaTiadaDewan Ekonomi1 April 1995
Pemindahan teknologi dan rantaian pelantar minyakSamad SolbaiDewan Ekonomi1 April 1995

Kembali ke atas