Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.pa.tah] | ڤڤاته

Definisi : sj peribahasa yg mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang tua-tua dll, bidal; ~ adat perkataan (peribahasa) mengenai adat, kata adat; ~ dan petitih berbagai peribahasa; berpepatah menyebut (memakai) pepatah: pandai benar kanda ~; pematah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.pa.tah] | ڤڤاته

Definisi : peribahasa yg berisi nasihat dll; kata-kata orang tua-tua yg terdapat ajaran di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pepatah
Rujuk :peribahasa

Peribahasa

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pepatah KehidupanRejab F.IDewan Sastera1 October 2002
Pepatah sa-bagai chermin kapada sikap masharakatAkmalDewan Bahasa1 November 1968
Menyusuri PepatahHilmi RinduDewan Budaya1 July 2005
Bermain dengan pepatahUmar JunusDewan Budaya1 July 1996
Bertolak dari sebuah pepatahUmar JunusDewan Budaya1 September 1979
Mengenal sifat2 bangsa Melayu dari pantun, perumpamaan dan pepatahMahda BahamanDewan Bahasa1 March 1960

Kembali ke atas