Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.ta.an] | ڤرکاتاءن

Definisi : 1. bunyi atau gabungan bunyi dlm sesuatu bahasa yg disebutkan atau dituliskan dsb dgn menggunakan huruf-huruf utk menyampaikan sesuatu maksud, kata: ~ bahasa Melayu dapat dieja dgn berpandukan bunyinya; ~ ‘syair’ berasal drpd bahasa Arab; 2. kumpulan kata (yg diucapkan dsb), kata(-kata): pengemis itu menolak segala ~ dan dugaan orang yg bermuka cengkung itu; dgn ~ lain dgn kata(-kata) lain; 3. sl cerita, kisah, hal: jikalau dihikayatkan semuanya, jemulah orang mendengar dia, sebab itulah maka kami pendekkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.ta.an] | ڤرکاتاءن

Definisi : 1 kumpulan kata; kata. 2 apa-apa yg dikatakan (diucapkan) orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Peribahasa

Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.

Bermaksud :

Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf "F"Faridun NisaDewan Siswa1 October 1986
Berkomunikasi dengan perkataan dan bukan perkataanAbdullah HassanPelita Bahasa1 February 1998
Perkataan pembatas karanganMuhammed Salehuddin AmanDewan Bahasa1 January 2007
Perkataan sembah dan imbuhannya di dalam bahasa MelayuSyed Zainal Ariff Syed JamaluddinDewan Bahasa1 February 2002
Perkataan BerlawananOmardin AhmadPelita Bahasa1 April 2001
Perkataan celaka dan sinonimnyaLatifah OthmanPelita Bahasa1 July 1997
Perkataan berlawan: satu pendekatan hisabAb. Rahim AhmadDewan Bahasa1 October 1977
Perkataan bingung dan sinonimnyaLatifah OthmanPelita Bahasa1 January 1993
Perkataan bulan iniKhalid Mat DomDewan Siswa1 June 1982
Perkataan bulan iniKhalid Mat DomDewan Siswa1 July 1982
1234567

Kembali ke atas