Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1. tidak terburu­buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lam­bat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-­sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; memperlahankan 1. menjadikan perlahan, memperlambat: apabila menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yg dipandunya; 2. mengecilkan suara atau bunyi: perlahankan sedikit radio itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1 tidak tergesa-gesa; lambat-lambat: berjalan dgn ~. 2 tidak kuat atau tidak nyaring bunyinya; lembut: Bercakaplah ~ sedikit. 3 tidak dgn tenaga yg banyak; tidak kuat-kuat: Tekan pin itu dgn ~. memperlahankan 1 membuat jadi perlahan; melambatkan: Dia ~ keretanya. 2 merendahkan atau mengecilkan bunyi sesuatu: ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlahan
Kata Terbitan : perlahan-lahan, memperlahankan,

Puisi
 

Anak burung terbang perlahan,
     Hinggap mari ranting kayu;
Kalau nak beli buah setandan,
     Tentu bercampur masak layu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Perlahan kubisikkan sebuah namaRahman, Jamal DHorison (Kakilangit)1 February 2000
Kaulena Perlahan Tanpa Jaga Untuk Bangun KembaliRahimidin ZahariDewan Sastera1 March 1995
Keheningan Menghirup PerlahanA. Latiff MohidinHorison (Kakilangit)1 December 1997
Meniti Waktu: perlahan namun pastiAbdul Hakim Haji Mohd YassinBahana1 August 1994
Harbans Kaur: perlahan-lahan mencipta namaMohammad BahadonDewan Siswa1 May 1984
Bahasa Inggeris akan perlahan-lahan berlaluPogadaev, VictorDewan Bahasa1 April 2009
Adalah Malam Jang Tiba, Teramat PerlahanSantosa, Iman BudhiHorison1 January 1971
Masalah ini Bagai Kota yang Terkatup, Kubuatkan Pintu di Kotamu LaluKubuka Dengan Perlahan!Kasajiza A. SDewan Sastra15 February 1976

Kembali ke atas