Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.te.nga.han] | ڤرتڠهن

Definisi : 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak, rata-rata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.te.nga.han] | ڤرتڠهن

Definisi : 1 tempat dll yg terletak di tengah: Di ~ jalan, mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. 2 sifat atau keadaan sesuatu yg tidak berapa tinggi dan tidak rendah; sedang; sederhana: golongan ~. 3 sama banyak; rata-rata (ttg barang-barang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Di Pertengahan Musim PanasArguilla, ManuelDewan Sastra15 April 1973
Amalan khusus pertengahan bulanSalehuddin MohamadDewan Budaya1 August 2004
Kritikan kesusasteraan: bahagian pertengahan yang membebani hujahanHashim AwangDewan Sastera15 September 1979
Kritikan kesusasteraan: paragraf-paragraf pertengahan dan pengakhiranHashim AwangDewan Sastera15 December 1979
Kritikan kesusasteraan: saiz dan bentuk paragraf-paragraf pertengahanHashim AwangDewan Sastera15 October 1979

Kembali ke atas