Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.so.na] | ڤسونا

Definisi : 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusah­kan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (si­hir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; keterpesonaan keadaan terpesona: kekaguman dan ~ orang lain sahaja tidak cukup jika kita tidak dapat memanfaatkan makna yg tersirat di dalamnya; kepesonaan perihal (keadaan) pesona: pengetahuan jenis ini lahir dan berkembang dgn penuh keghairahan dan ~ sehingga sukar disekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.so.na] | ڤسونا

Definisi : ubat (jampi, sihir) yg digunakan utk memikat atau utk merosakkan orang: Dia telah mengenakan ~ kpd gadis itu. mempesona 1 mengenakan pesona kpd seseorang; menyihir. 2 menjadikan seseorang berasa terpikat (tergoda, kagum dll): Nyanyiannya telah ~ para penonton. mempesonakan menjadikan sesuatu sbg pesona. terpesona 1 terkena pesona (sihir, jampi, guna-guna); terpukau oleh jampi dll. 2 sangat-sangat terpikat atau tergoda oleh sesuatu: Kami ~ melihat kecantikan gadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesona (kata nama)
Bersinonim dengan mantera, guna-guna, jampi, sihir;,
Kata Terbitan : mempesona, mempesonakan, terpesona,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pesona karektor 'Manjalara'Aiza Akma RamlanMedia Hiburan23 June 2007
Pesona ILim Swee TinKeluarga Harmoni1 April 2007
Pesona cinta dua benua di pelabuhan MelakaZaharahanum KamarudinTunas Cipta1 May 2006
"Pesona": Penonjolan Konfilik Seorang Isteri Menghadapi Kerenah Keluarga MentuaSharif PuteraDewan Sastera1 March 2003
Pesona Seorang PuteriAbdul Razak MahmudDewan Pelajar1 March 1978
Pesona kediaman "pekerja-pekerja seni"Abu Zahrim YaserDewan Kosmik1 July 2008
Pesona dunia sastera ThaiAwang Azman Awang PawiDewan Sastera1 September 2008
Pesona seni ASWARAShaari SafieDewan Budaya1 November 2008
Pesona KarmaFirdhaus Hasraf AdhamRemaja1 November 2007
Pesona Tradisi 2007NasirazaliDewan Budaya1 July 2007
12345678

Kembali ke atas