Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pré.skrip.si] | ڤريسکريڤسي

Definisi : (préskripsi) 1. arahan doktor tentang ubat yg harus disediakan utk pesakit tertentu dan cara menggunakannya (memakan­nya); 2. sesuatu ketetapan (keputusan dsb) yg bersifat atau bertujuan menentukan, ketentuan (utk menjadi pegangan atau pan­duan); mempreskripsikan memberikan preskripsi (bkn penggunaan ubat dsb): doktor telah ~ ubat yg perlu dimakan utk mengubati penyakitnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pré.skrip.si] | ڤريسکريڤسي

Definisi : /préskripsi/ 1 arahan doktor atau pengamal perubatan ttg ubat yg disediakan utk pesakit dan cara menggunakannya, atau banyak mana yg perlu dimakan. 2 ketetapan, keputusan dsb yg bertujuan utk menentukan sesuatu; ketentuan utk dijadikan pegangan atau panduan. mempreskripsikan memberikan preskripsi ttg cara menggunakan ubat, sukatannya dsb: Doktor telah ~ ubat yg perlu dimakan utk mengubati penyakitnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata preskripsi


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mematuhi preskripsi dalam bulan puasaRahmat AwangDewan Kosmik1 January 1997

Kembali ke atas