Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(122)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
PulaLim Swee TInDewan Sastera1 March 2004
Siapa Pula Kertesz?Faisal TehraniDewan Sastera1 December 2002
Apa Pula Selepas Ini?Tiada PengarangDewan Budaya1 November 2000
Inikan Pula Kawan BermainYusmarina Mohd. YusoffDewan Siswa1 December 1982
Bagaimana Pula Nasib Emak?W. S. UzalaFamili1 March 1991
"Sudahlah janggai bongkok pula!"Abdul Jalil Anuar; Rahmah JaafarPelita Bahasa1 January 1990
Hilang jerebu, sungai pula dicemariRazali Che MatDewan Budaya1 December 1997
Arab beli Amerika pula?Sulaiman MasriDewan Masyarakat15 October 1980
Lepas tanah rumah pulaNoor AzamDewan Masyarakat15 May 1979
Jam tangan tv pula!TiadaDewan Siswa1 September 1982
12

Kembali ke atas