Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll); belayar di ~ kapuk Id, bp tidur; ~ sudah lenyap, daratan sudah tenggelam gagal sama sekali; ~ harapan (perca) Id Pulau Sumatera; ~ karang (Geog) pulau yg terjadi drpd batu karang (jauh dr daratan), terumbu; belayar menentang (mengadang, menuju) ~ prb sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya; spt batu di ~ prb amat banyak; berpulau, berpulau-pulau 1. bertompok­-tompok (orang, kampung, dll); 2. mempu­nyai pulau (lautan dll); pulau-memulau saling memulaukan: kejadian ~ juga berlaku dlm masyarakat itu; memulaukan 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini; terpulau dipulaukan, disingkirkan; kepulauan sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau: ~ Melayu; ~ Riau; pemulauan perbuatan memulaukan, pem­boikotan, pengasingan: ~ terhadap barang-barang dr Afrika Selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : kawasan tanah yg dikelilingi air di laut atau di sungai: ~ Pinang; ~ Tioman. memulaukan 1 memisahkan dr yg lain; mengasingkan. 2 tidak mempedulikan; memboikot. kepulauan kumpulan beberapa buah pulau; gugusan pulau: ~ Melayu. pemulauan perbuatan atau hal memulaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulau

Puisi
 

Pulau Pisang Pulau Pauh,
     Sampai ketiga Pulau Kemudi;
Kami datang dari jauh,
     Kerana hendak membalas budi.


Lihat selanjutnya...(109)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Apabila Pulau-pulau Kehilangan PantainyaRejab F. IKarya1 November 1997
Pulau Perhentian pulau impianRusilawati KamarudinDewan Masyarakat1 December 1996
Pulau Besar (Pulau Bertuah)Marhan SrDewan Sastera1 January 1997
Dari Pulau Ke PulauSiti Zainon IsmailDewan Sastera1 February 1988
Pulau Tioman antara 10 pulau tercantik di duniaHanafi IbrahimDewan Siswa1 December 1988
Ceritera sepanjang seberang dan selepas garis 4' 10" utara: lakuan dan maksud penutur dalam kes kedaulatan Pulau Sipadan dan Pulau LigitanHafriza BurhanudeenJurnal Bahasa1 September 2005
Pulau Kapalai sebutir mutiara yang terserlahZarina Dolah JudinDewan Siswa1 April 2007
Pulau DewataAhmad SarjuPerisa: jurnal Puisi Melayu, jil.12, 20041 January 2004
Pulau Dayang BuntingMohd Amran DaudDewan Sastera1 October 2001
PulauSiti Zaleha M. HashimDewan Sastera1 July 2001
12345678910...

Kembali ke atas