Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun] | ڤون

Definisi : 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan …; bahkan …: Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Mudik berenang hilir berenang,
     Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
     Tuanlah pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Buaian pun digoncang,
     anak pun dicubit.

Bermaksud :

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

 

Lihat selanjutnya...(120)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Roh Pun Kembali dan Tinta Pun BerhentiAbdullah A. MDewan Sastera1 April 1992
Pun Bila Ingatan MenjengukAnna Ia adriTunas Cipta1 April 2004
Aku Pun BegituE.J KasturiMingguan Wanita22 June 2007
Kita PunM. Z. AliasDewan Sastera1 April 2007
Sunyi pun Jadi Tidak Bertepi (Siri Tiga Puluh Dua)S.M. ZakirMilenia Muslim1 March 2007
Siapa pun yang dewasa pada hari ini bermula dengan tunjuk ajar, lembah lembut daripada seorang guru biasaZam IsmailPerisa: jurnal Puisi Melayu, jil.12, 20041 January 2004
Kita pun KembaliMohd. Kasim MahmudDewan Sastera1 August 2001
Kau Pun Sambar JugaAladin MohamadDewan Sastera1 February 2009
Bulan pun LayuWayan SunartaHorison1 January 2008
Sebentar Pun JadilahMeenabudiWanita1 March 2008
12345678910...

Kembali ke atas