[ra.mi] | رامي
Definisi : sj tumbuhan (pokok renek yg seratnya dibuat tali), rami-rami, Boehmeria nivea; kain ~ sj kain tenun yg kasar; tali ~ tali drpd serat rami; ~ buah sj tumbuhan (herba), dukung anak, Phyllanthus niruri; ~ bukit = ~ bulan = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), Alchornea villosa; ~ hantu = ~ bukit = ~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), Ficus chartacea; ~ sengat sj tumbuhan (pokok), rebung pengayuh, Abroma augusta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ra.mi] | رامي
Definisi : nama sj pokok renek yg seratnya dibuat tali, Boehmeria nivea. tali ~ tali yg dibuat drpd serat pokok rami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)