Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.pai] | رمڤاي

Definisi : 1. campuran berbagai-bagai, gabungan bermacam-macam; bunga ~ a) campuran ber­bagai-bagai bunga dan daun-daun yg harum; b) himpunan berbagai-bagai cerita (petikan drpd cerita dll); minyak ~ campuran berbagai-bagai minyak wangi; rumput ~ berbagai-bagai rumput; 2. bp bahan utk dijadikan campuran, bahan utk dicampurkan, perencah: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; rampai-rampai campuran berbagai-bagai macam: cerita ~; merampai 1. membuat berbagai-bagai (ber­macam-macam) latihan sekolah: bila sudah ~ dan semua jawaban diperiksa, cikgu me­muji-muji murid yg banyak betul; 2. men­campur bahan-bahan dlm masakan (lauk, gulai, dll), merencah: sambal tumis yg diram­pai dgn kacang panjang; gulai ikan yg di­ram­pai dgn terung; merampaikan mencampur berbagai-bagai bunga; ~ khabar menyiarkan (menyebarkan) berbagai-bagai khabar; rampaian 1. campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; 2. latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah: kanak-kanak akan lebih mundur dlm ~nya jika mereka dipaksa menulis sambung; ~ sains berbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am); buku ~ buku yg digunakan utk menulis (menjawab) latihan di sekolah; kerja ~ berbagai-bagai kerja (latihan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.pai] | رمڤاي

Definisi : campuran yg berbagai-bagai: bunga ~ campuran berbagai-bagai bunga dan daun yg harum baunya. merampai 1 mencampurkan (berbagai-bagai) sayur ke dlm sesuatu masakan: Dia ~ gulai ikan dgn terung, kacang panjang dan tomato. 2 membuat bermacam-macam latihan sekolah dll: Sesudah ~, murid-murid disuruh menyemak kerja masing-masing. merampaikan 1 mencampurkan berbagai-bagai bunga. 2 menjadikan (berbagai-bagai jenis) sayur sbg campuran dlm sesuatu masakan. rampaian 1 campuran pelbagai macam (benda). 2 latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah. perampai (berbagai-bagai jenis) sayur yg dicampurkan ke dlm sesuatu masakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rampai (kata nama)
1. Bersinonim dengan campuran aneka jenis: gabungan pelbagai macam

2. Bersinonim dengan perencah: ramuan

Kata Terbitan : merampai, rampaian,

Puisi
 

Kacang Cina dalam kota,
     Rampai-rampai di Tanjung Puri;
Hidup di dunia bersuka ria,
     Seronok-seronok sementara nak mati.


Lihat selanjutnya...(12)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bunga rampaiKamzilah Mohd. BasirDewan Budaya1 August 1998
Bunga rampai sastera ParsiNorzeha KasbiDewan Sastera1 October 1991
Bunga rampai sastera Melayu BruneiAlimin Abdul HamidBahana1 June 1984
Pelancaran buku bunga rampai sastera Melayu BruneiTiadaBahana1 August 1984
Bahasa dalam masyarakat: Mengenali bunga rampai komunikasi antarabudayaJyh Wee SewJurnal Dewan Bahasa1 July 1998
Malam pelancaran: upacara budaya, bunga telur berkembal rampaiTiadaDewan Budaya1 February 1979

Kembali ke atas