[rang.gi] | رڠ-ݢي
Definisi : 1. elok, gagah, tampan (sikap dll): pemuda itu ~ dan lawa; tahun 1985, muda-mudi lebih senang dgn gaya ~; pakaian yg santun dan ~ ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. bp angkuh, lagak, sombong: anak kurang ajar, nak tunjuk ~; sengaja ia hendak tunjukkan ~nya saja, boleh meminang anak orang dgn ringgitnya; meranggikan menunjukkan angkuh (sombong, lagak, dll) dgn, melagakkan, menyombongkan: ia hendak ~ wang ringgit orang tuanya; keranggian sikap angkuh (sombong, bermegah), kesombongan, kemegahan: berpindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik kpd sesuatu pengiktirafan berbagai-bagai jenis pencapaian cemerlang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[rang.gi] | رڠ-ݢي
Definisi : kelopak bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[rang.gi] | رڠ-ݢي
Definisi : 1 bp sombong; angkuh: Jangan hendak tunjuk ~ di sini. 2 elok; gagah; tampan: orang muda yg ~ dan sopan. meranggikan memperlihatkan sesuatu dgn sombong; melagakkan: Dia tidak disukai kerana selalu ~ harta ibu bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[rang.gi] | رڠ-ݢي
Definisi : kelopak bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)