Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réntak) ® rentak II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. hentaman kaki, hentak: ia men­jawab dgn ~ dan marahnya; 2. = ~ lagu (muzik) gerakan yg teratur (dlm lagu), irama, tingkah: bertepuk tangan, berhentak kaki mengikut ~ lagu; 3. ki gaya, kelakuan, tingkah: ia mencelah mengikut ~ langkah pak menteri; ~ sedegam, langkah sepijak prb Mn setuju, semuafakat; berentak mengikut, mempunyai atau me­makai rentak (lagu atau muzik), berirama: sebuah lagu Melayu asli ~ perlahan di­dendangkan dlm majlis itu; merentak, merentak-rentak meng­hentak-hentakkan kaki (kerana marah dll): ia bangun sambil ~ dan menengking; merentakkan; ~ kaki menghentakkan (meng­­­­hentamkan) kaki. perentak = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : renggut, sentak; merentak menyentak, merenggut: anjing itu ~ rantainya lalu putus; kemejanya sobek-sobek direntak-rentak orang; terentak tersentak, tergoncang, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; serentak bersama-sama (me­lakukan sesuatu), sekali gus, serempak: kerja hendaklah dijalankan berselang-selang atau ~; bangun ~; lawatan tuan itu ~ dgn ketiba­an pasukan tentera tambahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réntak/; merentak menarik dgn cepat dan kuat; menyentak; merenggut: Orang itu ~ rantainya hingga putus. terentak tertarik dgn kuat; tersentak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 hentakan kaki ke lantai dll kerana marah dsb: Dia menjawab dgn ~ dan marahnya. 2 = ~ lagu (muzik) tempo yg teratur dlm lagu; irama; tingkah: Sekaliannya bertepuk tangan, mengikut ~ muzik. berentak mempunyai rentak: Lagu itu ~ joget. merentak menghempaskan kaki ke lantai; menghentakkan kaki kerana marah dll: Dia bangun sambil ~ dan menengking. merentakkan; ~ kaki menghempaskan kaki; menghentakkan kaki. perentak, = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg lemah. serentak bersama-sama melakukan sesuatu (spt ketika menjawab, berteriak); serempak: Murid-murid itu menjawab ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentak (kata nama)
1. Bersinonim dengan irama: rima, ritma, tempo, intonasi,

2. Bersinonim dengan gaya: kelakuan, tingkah, perlakuan, tindak-tanduk,

Kata Terbitan : merentak-rentak,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Rentak Leter Sri SetiaHelmy SamadDewan Sastera1 November 2002
Rentak DJ dan Pembinaan MindaRusdi Abd. RahmanDewan Budaya1 March 2000
Rentak LautMahmudamitBahana1 June 1996
Rentak LangkahSaima SainuddinSarina1 December 2003
Rentak Alang Seribu MaknaSiti Jasmina IbrahimTunas Cipta1 April 2003
Rentak yang selamat di BeijingA. Rahman MudaDewan Masyarakat1 January 2003
Rentak forum pelajar di bumi kenyalangKho Thong EngPelita Bahasa1 August 1994
RentakA. FirdausJelita1 February 1995
RentakKu Izja AzliaFantasi1 July 1996
"Alang Rentak Seribu" kembali dipentaskanTiadaDewan Siswa1 April 2006
123

Kembali ke atas