Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.nung] | رنوڠ

Definisi : ; merenung 1. memerhatikan dgn teliti, menatap: direnungnya muka anaknya lama-lama; 2. menjenguk, menjengul: ia ~ ke luar jendela; merenungi 1. memandang baik-baik, meng­amat-amati dgn saksama, menatap(i): di­renunginya wajah Siti Salina; lama juga ia ~ kitab itu; 2. memikirkan (sesuatu masalah dll), dgn mendalam; renungan 1. hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan: malu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu; drpd air muka dan ~ matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk; perenungan perbuatan dsb merenung(i): ~ tentang hubungan antara manusia sbg peribadi yg berdaulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.nung] | رنوڠ

Definisi : ; merenung diam memikirkan se­suatu, termenung memikirkan sesuatu: be­berapa lama ia tinggal ~ di dlm biliknya; ~ hari depan memikir-mikirkan masa depan­nya; merenungkan memikirkan dalam-dalam (masak-masak, sungguh-sungguh), meme­nung­­kan: ia mengambil masa yg lama utk ~ nasihat-nasihat yg diberikan oleh ibunya; renungan sesuatu yg direnungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.nung] | رنوڠ

Definisi : ; merenung memandang dgn teliti atau dgn sungguh-sungguh; memperhatikan baik-baik: Dia ~ muka anaknya dan kemudian memanggil isterinya keluar. merenungkan memikirkan dalam-dalam; mempertimbangkan dgn sungguh-sungguh: Kita harus ~ nasihat ibu bapa kita. perenungan perbuatan, hal dsb merenung atau merenungkan. renungan (sesuatu) yg difikirkan dalam-dalam; buah fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renung
Kata Terbitan : merenung, merenungi, renungan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Renung Tilik Bangsa Menjenguk AlafLim Swee TinDewan Budaya1 January 2000
Renung semula sikap kita [diwawancara oleh Dinsman]Mohd. Rashid AhmadDewan Budaya1 July 1983
Renung di Jendela Sepastinya Ada Makna Menyarat Tandangan Pada SuatuKetika DuluZainon Mohd. NoorDewan Sastera1 June 1990
Di Renung Maut IIPyanhabibDewan Sastera1 July 1987
Redup Renung Matanya...Sharifah Abu SalemSeri Dewi dan Keluarga1 August 2000
Sederhana tetapi bermakna [Ulasan buku berjudul Renung karya Shaari A. B.]Hassan AliasDewan Sastera1 March 2008

Kembali ke atas