Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[res.tu] | رستو

Definisi : 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan itu hanyalah dgn ~ Allah; 2. persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan sesuatu, kebenaran, ke­izinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya; baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan tidak akan sem­purna; 3. sl pengaruh baik atau buruk, guna-guna, jampi, mentera; merestui 1. mengurniakan kebaikan, ke­sejahteraan atau rahmat kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg ter­babit dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si suami berdoa se­­­­moga Allah ~ rumah tangga yg baru di­binanya itu; 2. memberikan per­setujuan, kebenaran atau keizinan kpd se­seorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl mengenakan pe­ngaruh (guna-guna, jampi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[res.tu] | رستو

Definisi : 1 berkat atau rahmat: Dia berdoa memohon ~ drpd Ilahi. 2 persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan orang atau pihak lain melakukan sesuatu: Dia pergi setelah mendapat ~ drpd ibunya. merestui memberi restu kpd; memberkati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
restu (kata nama)
Bersinonim dengan berkat, rahmat, perkenan, pengestu;,
Kata Terbitan : merestui,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Aspek positif dalam Restu [Ulasan novel Restu]Sharif PuteraTunas Cipta (Mekar Sastera)1 February 2005
Restu Untukmu AnakkkuZainon OmarJelita1 August 2008
Restu SuamiAffix Zulkarnaen AdamJelita1 November 2006
RestuFatimah Haji BunyaminSeri Dewi dan Keluarga1 June 2003
Restu RMSh. Nurul HudaDewan Masyarakat1 January 1998
Restu - Mengajak Kita Melihat Permasalahan Minda MasyarakatSharif PuteraTunas Cipta (Mekar Sastera)1 April 2004
RestuAs SyramyMingguan Wanita24 June 2005
Restu: Konflik hidup Masyarakat Kerdil dan TerpencilNaapie MatTunas Cipta (Mekar Sastera)1 June 2004
Restu: Penerapan Unsur Islam yang KetaraSharif PuteraTunas Cipta (Mekar Sastera)1 December 2004
Restu: Citra masyarakat yang pelbagai cita rasaSharif PuteraTunas Cipta (Mekar Sastera)1 July 2004
12345678910...

Kembali ke atas