Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ria] | ريا

Definisi : 1. gembira, girang, riang, sukacita: ia cukup ~ menerima ijazahnya; bersuka ~ ber­se­ronok-seronok, bersuka-suka; 2. ramai atau riuh (oleh suara orang bersuka-suka, ber­seronok-seronok, dll); ~ gembira tersangat ria; ~ riuh ramai bersuka-suka; beria-ria bergembira, bersenang-senang, ber­­­seronok-seronok, bersuka-suka; meriakan menggembirakan, meng­girang­kan, menyenangkan, menyukakan: mengapa pula dia tidak dapat ~ hatinya? keriaan perihal ria (kegembiraan, ke­gi­rang­an, keseronokan, kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan ke­pedihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria] | ريا

Definisi : Ar ® riyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria] | ريا

Definisi : (Geog) sj teluk kecik (serokan) yg panjang yg terbentuk akibat drpd peneng­gelaman lembah di pinggir laut yg disebabkan oleh kenaikan aras laut: ada sebuah pinggir laut yg mengandungi ~, teluk dan tanjung tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria] | ريا

Definisi : suka hati kerana mendapat apa-apa yg dicita-citakan dll; riang; gembira: Beliau sangat ~ kerana telah lulus dlm peperiksaan itu. bersuka ~ bergembira; bersuka-suka. beria-ria bersuka-suka; bergembira; berseronok-seronok: Mereka ~ di tepi pantai. meriakan menjadikan ria; menggembirakan; menggirangkan (hati). keriaan keadaan atau rasa ria; kegembiraan; kegirangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ria
Rujuk :riang

Puisi
 

Kacang Cina dalam kota,
     Rampai-rampai di Tanjung Puri;
Hidup di dunia bersuka ria,
     Seronok-seronok sementara nak mati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tersaukkan ikan,
     suka;
tersaukkan batang,
     masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ria Hari JadiA. F. YassinDewan Sastera15 October 1980
Ria Qistina (Siri Akhir)Bikash Nur IdrisMedia Hiburan1 October 2004
Ria Qistina (Siri Tiga)Bikash Nur IdrisMedia Hiburan1 March 2004
Pasar Ria Buku Dewan Bahasa dan Pustaka 2000 (jawi)Jaafar HamdanJendela SarawakTiada
Pasar ria buku DBP 2000Jaafar HamdanJendela SarawakTiada
Puisi Ria dan Karnival Seni sempena Jubli Emas DBP Rakyat: DBP wadah kecemerlanganNajmi AshleyWadah1 June 2008
Riang ria Dewan Siswa dan Dewan Pelajar di PWTCTuan Nur Yanti T. YahyaDewan Siswa1 June 2007
Sendait ria... Dendangan lagu tradisi rakyat SabahAbdul Nasir SaidDewan Budaya1 December 2007
Riang Ria akan menemui kanak-kanakRazali Che MatPelita Bahasa17 February 2000
Lagu RiaRasanubari AsmaramahDewan Sastra15 May 1972
12345

Kembali ke atas