Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.tih] | رينتيه

Definisi : = rintihan 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isteri­­nya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan ang­gota kesatuan itu terhadap penindasan se­tengah-setengah pihak majikan; 3. ke­su­sahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan; merintih 1. mengerang (kerana kesakitan dll), mengaduh, mengeluh: di atas sebuah bangku, berbaring seorang laki-laki yg se­dang ~ kesakitan; 2. melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah: mereka se­­lalu ~ kerana kesusahan; 3. sedih, pilu (suara): janganlah ketawa hai anakku, kata­­nya dgn suara ~; merintihi me­­­­­­­lahir­kan pe­­­­­­­­­­­­­­rasaan susah (sedih, kesal, kecewa, dsb) terhadap sesuatu: ~ nasib malang yg me­nimpanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.tih] | رينتيه

Definisi : Kd; merintih memotong daun kelapa dgn menggunakan pisau, parang, dll supaya daun terpisah drpd pelepah: ~ daun kelapa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.tih] | رينتيه

Definisi : , = rintihan suara orang mengerang atau mengeluh kerana sakit dll; keluhan: Kedengaran olehnya ~ bapanya. merintih 1 mengerang atau mengeluh kerana sakit dll: Di dlm bilik itu terbaring seorang tua yg sedang ~ kesakitan. 2 ki melahirkan perasaan sedih atau pilu; mengeluh: Mereka selalu ~ kerana kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rintih
Kata Terbitan : merintih, rintihan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Rintih 4Adnan A. MURTV15 August 2000
Rintih ChicagoFaisal TehraniDewan Sastera1 October 1997
Rintih TraumaAzmoley Mohamed AzizTunas Cipta1 April 2004
Rintih ChicagoFaisal TehraniDewan Sastera1 November 1997
Rintih ChicagoFaisal TehraniDewan Sastera1 December 1997
Rintih Sehelai DaunDarma MohammadDewan Sastera1 August 2005
Rintih TraumaAzmoley Abdul AzizTunas Cipta1 March 2004
Rintih 2Adnan A. MIbu1 May 2000
Begitu Rintih NadimRidzuan HarunDewan Sastera1 April 2007
Ratah RintihSani IsmailDewan Sastera1 December 1996
12

Kembali ke atas