Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rom.pa/] | رومڤق

Definisi : ; merompak menyamun, me­ram­pok: lima orang telah ~ kedai itu semalam; dagangan mereka telah dirompak oleh lanun di laut; rompakan kejadian merompak: ~ itu ber­laku sewaktu mereka tidak ada di rumah; ~ bersenjata rompakan dgn (si perompak) meng­gunakan senjata; perompakan perbuatan merompak, peram­pok­­an: ~ bersenjata; perompak orang yg merompak, perampok, penyamun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rom.pa/] | رومڤق

Definisi : Mn; merompak merobohkan, me­runtuhkan: gajah itu ~ kandangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rom.pa/] | رومڤق

Definisi : ; merompak mengambil hak orang dgn paksa; menyamun: Orang yg ~ kedai itu telah ditangkap polis. rompakan 1 kejadian merompak: ~ itu berlaku di sebuah bank di Kuala Lumpur. 2 hasil merompak: Barang-barang ~ itu disembunyikan. perompakan hal atau perbuatan merompak. perompak orang yg merompak; penyamun: ~ bank. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rompak
Kata Terbitan : merompak, rompakan, perompak,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Rompak dan bunuh di Kuala LumpurHasrom HaronDewan Siswa1 February 1981
Cetak Rompak SasteraHizairi OthmanDewan Sastera1 February 2001
Cetak-rompak & kesedaranSulaiman MasriDewan Masyarakat15 November 1979
Cetak RompakDing Choo MingDewan Budaya12 January 2003
Cetak rompak konflik antara penerbit dengan penggunaDing Choo MingDewan Budaya1 January 2004
Cetak rompak: ekses pembangunan yang tak terkawalBaharuddin ZainalDewan Sastra15 August 1973
Perisian cetak rompak membunuh industri multimediaHazlifa AriffinDewan Siswa1 February 1997
Jangan Salahkan Cetak Rompak!Shahril RizalDewan Budaya1 June 2002
Selesaikan kemelut cetak rompakAhmad Jais, DatukDewan Budaya1 July 2006
Jangan biarkan masalah cetak rompak berterusanCik Mat Cik JusuhDewan Ekonomi1 August 1997
12

Kembali ke atas