Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj pisau yg melengkung (utk memotong padi, rumput, dll); 2. (bentuk) melengkung spt sabit; bulan ~ bulan sehari (bulan baru); menyabit memotong (padi, rumput, dll) dgn sabit: orang tua itu sedang ~ di bendang; ~ kelapa mengait kelapa dgn sabit; menyabitkan menyabit utk: petang itu dia ~ ayahnya rumput utk lembu ternakan mereka; penyabit 1. pisau yg digunakan utk menyabit, sabit; 2. orang yg kerjanya menyabit: ~ rum-put. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): apabila ~ kesalahannya di sisi kadi, maka berhaklah isteri itu menuntut nafkahnya; jika ~ kesalahan, dia akan dipen-jarakan; bersabit berkaitan (dgn), berhubungan (dgn): segala hal ehwal yg ~ dgn tanah mestilah didaftarkan di dlm buku ini; mensabitkan 1. menentukan dgn pasti ber-dasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah: kesalahan itu telah dapat disabitkan; 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi utk ~ semua yg tertuduh; sabitan (keputusan) hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati sah atau ter-bukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): anak guamnya juga akan kehilangan jawatan sbg pengarah syarikat berikutan ~ itu; Mahkamah Persekutuan hari ini meminda ~ kesalahan mereka drpd mengedar dadah kpd memiliki sejumlah kecil kanabis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabit
Kata Terbitan : penyabit, menyabit,

Puisi
 

Tabit tak sabit gendang dibimbit,
     Saya nak palu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Saya nak bawa jalan bersama.


Lihat selanjutnya...(10)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kejujuran yang kabut bulan sabit yang sirna [Ulasan buku "Kabut dan Bulan Sabit di Demak" oleh...]Suria JanibDewan Sastera1 October 2004
Bulan sabit keunikan seni IslamAhmad Razali YusofDewan Budaya1 August 2006
Bulan Sabit Ada di-Mana-manaNoorilhamBahana1 April 1977
Bulan Sabit Di Ranting CemaraElya NurbayyinahDewan Sastera1 October 1996
Bulan Lepas SabitA. M. ThaniDewan Bahasa1 February 1972
Persoalan dan Watak dalam Drama Memburu Bulan SabitAwang AbdullahDewan Sastera1 October 2002
Analisis Watak dan Latar Drama Memburu Bulan SabitAwang AbdullahTunas Cipta (Mekar Sastera)1 July 2004
Watak Utama dan Citra Masyarakat Drama "Memburu Bulan Sabit"Awang AbdullahDewan Sastera1 August 2002
Pemikiran, Persoalan, dan Unsur Gaya Drama "Memburu Bulan Sabit"Awang AbdullahTunas Cipta (Mekar Sastera)1 May 2004
Mengkaji unsur gaya bahasa dan latar drma "Memburu Bulan Sabit"Awang AbdullahDewan Sastera (Mekar Sastera)1 November 2003

Kembali ke atas