Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yur] | سايور

Definisi : 1. tumbuhan atau daun-daunan yg boleh dimakan (paku, sawi, dll): Din pergi ke pasar membeli ~; 2. masakan drpd sayur (daun-daunan, buah, dsb, biasanya diberi berkuah): kegemaran patik semua orang Melayu makan ~ kangkung; spt ~ dgn rumput prb hal keadaan yg tidak sama (banyak perbezaannya); menyayur 1. memasak sayur: Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan ~; 2. = menyayurkan memasak jadi sayur: Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk cemperai; disuruhnya sayurkan kang-kung itu; sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran ber-macam-macam (berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yur] | سايور

Definisi : 1 tumbuh-tumbuhan atau daun-daunan spt sawi (kangkung, bayam) yg boleh dimakan. 2 masakan drpd sayur 1 yg biasanya dibuat berkuah: ~ kangkung. menyayur memasak sayur: Ibu sedang menanak nasi dan ~. menyayurkan memasak sesuatu men­jadi sayur: ~ pucuk paku. sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran bermacam-macam jenis sayur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayur

Puisi
 

Sayur ubi sayur keladi,
     Mari ramu punca kain;
Tuan berbini saya berlaki,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput.

Bermaksud :

Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri. (Bandingkan dengan: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sayur-sayuran tradisional: berkhasiat dan menjimatkanNur Faizah Abdul WahabDewan Masyarakat1 March 1998
Berkebun SayurZaiti Izan Md. EnzaiDewan Pelajar1 June 1981
Berkebun SayurLoo Boon TeikDewan Pelajar1 June 1981
Kebun Sayur Di Pinggir BukitA. Wahab RaufDewan Pelajar1 December 1975
Kebun SayurDolly FrovdeDewan Pelajar1 December 1975
Kebun Sayur Bapa SayaHadina HabilDewan Pelajar1 July 1975
Kepentingan sayur-syuran dalam pemakanan seharianMaizatul Azlina Abd. MulokDewan Siswa1 February 1997
Rasa sayur yang ditanam sendiri [diwawancara oleh Pyanhabib]Abd Ghafar BahariMastika1 December 1990
Janda Penjual Sayur Imogiri-YogyaSantosa, Iman BudhiHorison1 February 2007
"Seorang Gadis, Semangkuk Sayur Manis" citra pernyataan kasih anak akan emakSharif PuteraTunas Cipta1 June 2006
12

Kembali ke atas