Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang: badannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah; pakaiannya yg ~; 2. tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah: buat satu ayat yg ~; dia menjelaskannya dgn kata-kata yg ~; menyederhanakan menjadikan sederhana (sedang, mudah, pertengahan, dll): kerajaan hendak ~ sistem pelajaran; kesederhanaan perihal sederhana (sedang, pertengahan): suasana kampung yg harmonis digambarkan oleh Othman dgn penuh ~; penyederhanaan perbuatan menyeder­hana­­-kan: Ejaan Suwandi merupakan ~ dan pe­nyem­­purnaan terhadap Ejaan van Ophuy­sen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; se­dang: Pakai­annya ~ sekali. 2 tidak ba­nyak selok-be­loknya; tidak sulit; mudah: Gunakan­lah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah di­faha­mi orang. menye­derhanakan men­ja­dikan sederhana (tidak keterlaluan). kesederhanaan hal atau keadaan se­der­hana. penyederhanaan perbuat­an atau hal menyederhanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sederhana (adjektif)
Bersinonim dengan biasa, tidak lebih tidak kurang, ugahari, bersahaja, sedang, pertengahan, tidak keterlaluan, berpatutan;,
Kata Terbitan : menyederhanakan, kesederhanaan,

Peribahasa

Melebihi ancak-ancak,
     mengurangi sia-sia.

Bermaksud :

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sederhana supaya selamat. ancak-ancak = tidak pedulikan baik buruknya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sederhana tetapi bermakna [Ulasan buku berjudul Renung karya Shaari A. B.]Hassan AliasDewan Sastera1 March 2008
Sederhana, tanpa konflik dan masalahA. Wahab HamzahDewan Budaya1 March 1990
Sederhana & munajat teras rumah tangga bahagiaAzhari IbrahimAl Islam1 December 1996
Gaya sederhana, padat dengan nasihat [ulasan buku berjudul Bunga Yang menangis karya Ja'afar Hamdan]H. AdryDewan Sastera1 January 2008
Islam sederhanaH. M. JajuliDewan Budaya1 July 2006
Konsep sederhana dalam IslamAbu Hassan Din al-HafizDewan Siswa1 March 1987
Dia yang SederhanaKhadijah HashimWanita1 August 2006
Daripada Editor: Sederhana tetapi sempurnaNor Hazizan TalibDewan Bahasa1 September 2001
Industri kecil sederhanaGeraldine OngDewan Masyarakat1 October 1997
Yang Baik Itu SederhanaEhsan JamilyDewan Sastera1 January 2007
123

Kembali ke atas