Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ja.rah] | سجاره

Definisi : 1. sl asal usul (keturunan), salasilah: ~ Melayu; 2. peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yg disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai bukti-bukti yg me­ngesahkannya; 3. = ilmu ~ kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yg telah lalu, tawarikh: ~ Tanah Melayu; ahli ~; ~ umum sejarah mengenai seluruh dunia; bersejarah 1. ark menanyakan asal usul, mengusul: sungguh, lebih baik hamba ~ dgn dia; 2. mengandungi sejarah, termasuk dlm sejarah: Melaka ialah sebuah bandar yg ~; menyejarahkan meriwayatkan, mengisah­kan; kesejarahan perihal sejarah: watak perwira Hang Tuah dilukiskan dgn amat terbatas sekali, sesuai dgn ~nya dlm Sejarah Melayu; persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat keilmuan dan ~ yg ditunjukkan oleh al-Quran; penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dlm ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ja.rah] | سجاره

Definisi : 1 hal yg benar-benar berlaku pd masa yg telah lalu; peristiwa yg benar-benar telah berlaku: ~ kemenangan tentera Islam yg diketuai oleh Nikman itu menjadi kenangan umat Islam seluruhnya. 2 = ilmu ~ pengetahuan atau kajian ttg peristiwa-peristiwa yg telah lalu; tawarikh: ~ Tanah Melayu. bersejarah ada sejarahnya; akan menjadi sejarah: 31 Ogos 1957 ialah hari yg ~ bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu. me­nyejarah menjadi sbg sejarah; me­rupakan catatan, rakaman dsb dlm sejarah: Peristiwa penting itu akan terus ~ dlm kehidupan kita. menyejarahkan mengisahkan; meriwayatkan: Mereka ~ peristiwa itu lalu dipersembahkan dlm filem. kesejarahan perihal bercirikan sejarah: Kisah itu dipaparkan sesuai dgn ~nya. persejarahan hal berkaitan dgn sejarah. penyejarahan perbuatan atau hal menyejarahkan. sejarawan ahli se­ja­rah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejarah (kata nama)
1. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan asal usul, salasilah, asal keturunan, susur-galur, asal-usul, surih-surih, titisan darah, silah-silah,

2. Bersinonim dengan peristiwa: kisah, riwayat, tambo, tawarikh, babad, teromba,

Kata Terbitan : bersejarah, mensejarahkan, pensejarahan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sejarah perkembangan ejaan rumi Bahasa MelayuAbdul Hamid bin AhmadWadah1 June 1993
Sejarah perkembangan ejaan rumi Bahasa MelayuAbdul Hamid bin AhmadWadah1 March 1993
Sejarah Melayu dalam Bush meminang Puteri Gunung LedangMawar ShafeiDewan Sastera1 April 2007
Sejarah Larut Matang Sebagai IlhamTalib SamatTunas Cipta1 September 2006
Sejarah lagu Melayu asliChe Mat JusohPentas1 September 2006
Sejarah dan masa depan makyungRahimin ZahariPentas1 September 2006
Sejarah Kesusasteraan Melayu ModenA. Rahim AbdullahDewan Sastera1 August 2000
Sejarah Melayu atau Sulalat-us-Salatin: Tun Seri lanang atau Tun Bambang?Abdul Rahman IsmailDewan Sastera1 June 2000
Sejarah Kesultanan Perak dalam Cerita Adat Istiadat Melayu PerakSaidi SaidDewan Sastera1 November 2001
Sejarah Penubuhan GAPENAHamzah HamdaniDewan Sastera1 August 2001
12345678910...

Kembali ke atas