Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li] | سکالي

Definisi : ® kali I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Hanya ~ itulah saja saya ber­jumpa dgn dia. 2 berserta; bersama: Apabila kamu pergi nanti, bawalah barang-barang ini ~. 3 tidak ada kecualinya; seluruhnya; semuanya: Perompak-perom­pak itu telah dibunuhnya ~. 4 sangat; sung­guh; benar: Cantik ~ gadis itu. sekali-kali sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala pd sesuatu waktu; tidak kerap; kadang-kadang: ~ ada juga dia datang ke mari. bersekali bersama-sama (dgn); berserta (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali

Puisi
 

Tebang puan pangkal Jeddah,
     Sekali tebang sekali tumbuh;
Kalau tuan cakap tak sudah,
     Sekali hendak sekali tak ambuh.


Lihat selanjutnya...(107)
Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing,
     walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

 

Lihat selanjutnya...(110)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sekali pilihanraya, sekali kita beralahJohan JaaffarPelita Bahasa1 November 1990
Sekali ada sekali tidakAli YaakubDewan Siswa1 May 1980
Gagal sekali, cuba sekali lagi [ulasan buku "Skali Lagi" karya Tengku Farith Rithaudeen]Anuar ManshorDewan Ekonomi1 August 2008
Sekali Air Bah, Sekali Selera BerubahShamsul Amri BaharuddinDewan Budaya1 July 2002
Sekali air bah, sekali pasir berubahMohdi S.A. ManjaPelita Bahasa1 April 2000
Sekali air bah, sekali pasir berubahMohdi S. A. ManjaPelita Bahasa1 April 2000
Sekali air bah,sekali pantai berubahIsmailDewan Sastera1 September 1997
Akal tak sekali datang, runding tak sekali tibaAsiah IdrisJurnal Dewan Bahasa1 March 1993
Sekali LagiSriwati LabotDewan Sastera1 November 2000
Sekali Ini...Zaza_xeeDara.com1 February 2007
123456

Kembali ke atas