Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nyap] | سڽڤ

Definisi : 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri; senyap-senyap tidak dgn berkata-kata, secara rahsia: perasaan kecewa itu tersimpan ~; bersenyap-senyap dgn diam-diam (tidak bising, tidak bersuara, dll); menyenyapkan menyebabkan senyap (tidak mengeluarkan bunyi, tidak kedengaran suara, tidak diperkatakan lagi dsb): makanan yg diberikan itu ~ salakan anjing jirannya; kesenyapan perihal (keadaan dsb) senyap: penuturan perkataan itu dlm dua ujaran yg dipisahkan oleh ~; seseorang pengerusi yg putar belit akan menganggap bahawa ~ peserta adalah sbg tanda bersetuju; penyenyap alat utk mengurangkan bunyi bising (pd ekzos enjin, senapang, piano, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nyap] | سڽڤ

Definisi : 1 = ~ sunyi tidak kedengar­an apa-apa; tidak berkata-kata; sunyi se­kali; sepi: Apabila Guru Besar datang, ka­mi semuanya ~. 2 tidak sibuk (bkn perniagaan, jalan raya dll); lengang. 3 tidak diperkatakan atau tidak dibicarakan lagi: Perkara itu akhirnya ~ begitu saja. senyap-senyap 1 tidak berkata-kata atau tidak berbuat bising: Dgn ~, dia masuk ke biliknya lalu tidur. 2 dgn tidak menghebahkan; dgn bersulit-sulit; dgn berahsia: ~ dia telah pergi melanjutkan pelajarannya ke Australia. menyenyapkan menjadikan senyap; mengheningkan. penyenyap alat utk mengurangkan bunyi bising pd ekzos, senapang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senyap (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak bising: sepi, sunyi, hening, lengang, antap,
Berantonim dengan bising

2. Bersinonim dengan tidak berkata-kata: tidak bersuara, tidak berbunyi, diam, senyap, sengap, membatu, membisu,
Berantonim dengan becok

3. Bersinonim dengan tidak sibuk: lengang, sepi, hening, tenang, sirap,
Berantonim dengan sibuk

4. Bersinonim dengan nyenyak: lena

Kata Terbitan : senyap-senyap, kesenyapan,

Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
...Senyap dan Sangat Berbahaya (Siri Dua Puluh Tiga)S. M. ZakirMilenia Muslim1 June 2006
Dunia "senyap" yang bising!PyanhabibMastika1 October 1987
Aku Senyap Dalam Rimba HatikuA. Ghani AbdullahPelita Bahasa1 December 1996
Rokok pembunuh senyapSulaiman SallehDewan Siswa1 October 1998
NEY (Cerita senyap sebatang seruling)Zaleha AhmatDewan Sastera1 May 1998
Guru dalam senyapZaen KasturiDewan Sastera1 February 2004
Suara Pun Senyap Sesuatu LindapNgurah ParsuaDewan Sastera15 August 1984
Dunia seni yang senyapRahimidin ZahariKonsep1 July 2008
Perang biologi serangan senyap makhluk halusAdrian Zulkarnain Zakaria DharamarajDewan Kosmik1 September 2008
Bot luncur yang senyapTiadaDewan Siswa1 July 1990
12

Kembali ke atas