Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.ba] | سربا

Definisi : 1. semua(nya), segala(-galanya), se­luruhnya: ia berpakaian ~ hijau; 2. dlm apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun; keadaan-nya yg ~ lemah keadaannya lemah dlm segala hal; pd masa ~ maju ini pd masa maju dlm segala hal; 3. = ~-serbi bermacam-macam (hal, perkara, dll), berbagai-bagai: dilihat oleh Tun Mamat ~ bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dlm taman itu; 4. sl (segala jenis) alat perkakas; ~ kapal alat perkakas kapal; ~ rumah perabot rumah; ~ aneka (jenis) pelbagai aneka, bermacam jenis; ~ dua a) bagi tiap-tiap jenis dua (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); b) Id dualisme; ~ guna berbagai-bagai gunanya: dewan ~ guna; periuk ~ guna; ~ sama (Mat) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih); ~ satu bagi tiap-tiap jenis satu (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); ~ sedikit hanya sedikit drpd tiap-tiap jenis; ~-serbi segala macam, segala-galanya; ~ zat Id materialisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.ba] | سربا

Definisi : 1 seluruhnya atau semuanya sekali; segala-galanya: Dia berpakaian ~ putih. 2 banyak macam atau banyak jenisnya; berbagai-bagai; bermacam-macam: ~ bunga dan pelbagai buah ada di dlm taman itu. ~ aneka berbagai-bagai; bermacam-macam. ~ salah ba­gaimanapun salah juga. ~ satu bagi tiap-tiap jenis ada satu. ~ sedikit bagi tiap-tiap jenis ada sedikit. ~-serbi a. segala-galanya; seluruhnya: ~-serbinya berwarna merah. b. bermacam-macam atau berbagai-bagai: ~-serbi yg dilihat, semuanya berkenan di hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serba (kata tugas)
1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,

2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,

3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,


Puisi
 

Anak Semabuk pergi ke Kelang,
     Berniaga buah serba rasa;
Makin mabuk makin meradang,
     Salah runding jadi kecewa.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Bagai berkain tiga hasta.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Serba Tak KenaJaafar HasnyDewan Sastera1 January 2007
Serba Tak KenaJafisah JaafarDewan Pelajar1 March 1979
Serba SalahOthman PutehDewan Pelajar1 October 1978
Serba SalahArbak OthmanDewan Sastera1 January 2008
Serba sedikit tentang bahasa BatakYulis AlwiPelita Bahasa1 November 1990
Serba-serbiPrijanaBahasa dan Budaja1 October 1952
Serba-serbi: daun lajuPrijanaBahasa dan Budaja1 June 1953
Serba-serbi tentang leksikografiRoolvink, RBahasa dan Budaja1 October 1952
Serba sedikit tentang bahasaAsrafMastika1 February 1952
Serba sedikit tentang bahasaAsrafMastika1 January 1952
123456

Kembali ke atas