Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : salah dlm segala hal, bagaimanapun salah juga; keserbasalahan keadaan serba salah: pan-dangan ini menggambarkan ~ di kalangan pengarang Afrika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ba­gaimanapun salah juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serba (kata tugas)
1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,

2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,

3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,


Puisi
 

Hujan lebat selalu bah,
     Bunyi berdentum tali temali;
Hendak balik serba salah,
     Baik kulangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Diiringkan menyepak,
     dikemudiankan menanduk.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Serba SalahOthman PutehDewan Pelajar1 October 1978
Serba SalahArbak OthmanDewan Sastera1 January 2008
Sahaya Yang Serba SalahAbd. Rashid NgahDewan Pelajar1 February 1981
kebanjiran pekerja asing..Jepun serba salahShamsul Amri BaharuddinDewan Masyarakat1 May 1995
Penyelidikan atau pengajaran universiti di UK serba salahWan Mansor Wan MahmoodDewan Masyarakat1 January 1998

Kembali ke atas