Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.fat] | صيفت

Definisi : 1. keadaan atau rupa sesuatu benda yg dapat dilihat: adapun ~nya itu kulihat tinggi besar, mukanya bujur sirih; kekurangan ~ cacat pd badan; 2. keadaan yg dipunyai oleh sesuatu (benda, orang dll), tanda-tanda yg khas utk mengenal sesuatu benda: puisi mem­punyai ~ yg berlainan drpd prosa; ~ kimia sesuatu asid; 3. (dasar) pembawaan seseorang, perangai, tabiat, watak: itu sudah ~ seorang perempuan; bersifat mempunyai sifat: seni ~ universal; manusia ~ lemah; menyifatkan 1. menggambarkan, mengi­sahkan, menceritakan: dapatkah kamu ~ bagaimana rupa haiwan ini ketika ia masih hidup? 2. menganggap sesuatu sbg: beliau ~ mereka sbg musuh dlm selimut; tersifatkan terperikan, terkatakan, terkha­barkan: maka hairanlah hati Raja Iskandar, tiada dapat ~ lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.fat] | صيفت

Definisi : 1 keadaan atau rupa sesuatu ben­da yg dpt dilihat: Kalau menilik ~nya, binatang itu serangga. kurang ~ tidak cukup sifatnya (spt tidak berkaki). 2 tanda-tanda yg umum utk mengenali sesuatu; keadaan yg ada pd sesuatu: Kekal ialah salah satu ~ Allah. 2 ke­lakuan atau tabiat yg dimiliki seseorang; perangai: ~nya peramah. ~ tekun ist sifat sesuatu benda utk terus kekal tetap atau terus bergerak pd garisan yg lurus (jika benda itu sedang bergerak dan tidak diganggu oleh kuasa lain). bersifat mempunyai sifat; berperangai: Adiknya ~ pemalu. menyifatkan 1 menceritakan sifat-sifatnya; menggambarkan: Dapatkah kamu ~ rupa hantu itu? 2 merupakan dirinya spt: Apabila diparang, dia ~ dirinya spt harimau. 3 menganggap sbg: Panglima itu ~nya sbg musuh dlm selimut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sifat (kata nama)
1. Bersinonim dengan keadaan: rupa, tanda, ciri, bentuk, corak, peri, hal,

2. Bersinonim dengan pembawaan: perangai, watak, kelakuan, tabiat, fitrah, kebiasaan, resam, adat, laku, kelakuan, afal, khalikah, khuluk,

Kata Terbitan : bersifat, menyifatkan,

Puisi
 

Anak ayam turunnya lima,
     Mati seekor tinggalnya empat;
Budi Tuhannya sudah diterima,
     Supaya hambanya membaca sifat.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Hitam bagai buntut (= pantat) belanga.

Bermaksud :

Perihal keburukan sifat seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sifat-sifat tumorKarim TajudinDewan Siswa1 November 1985
Sifat-sifat perempuan menurut Syeikh Nuruddin ar-Raniri dalam kitabBustanus SalatinJelani HarunDewan Sastera1 October 1996
Sifat kata dan sifat kataanLutfi AbasDewan Bahasa1 August 1985
Ulasan tentang sifat kata dan sifat kataanLiaw Yock FangDewan Bahasa1 May 1986
Sifat munafik punca rasuah berkembangJamaluddin mansor, DatukMilenia Muslim1 May 2006
Sifat- Mu...Aziee A.R.BAHANA1 May 2008
Sifat rendah diri kebal dalam jiwa Datuk Jimmy ChooSyahrain IskandarDewan Siswa1 October 2007
Sifat dan peranan intelekSyed Hussein AlatasDewan Masyarakat1 January 1988
Sifat sumber maklumatDing Choo MingDewan Budaya1 June 1998
Sifat Rasul Wajar Dicontohi Umat IslamMohammad Hasnil Abu BakarDewan Agama & Falsafah1 July 2003
12345

Kembali ke atas