Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.kap] | سيڠکڤ

Definisi : ; menyingkap, menyingkapkan 1.membuka (selubung, pakaian, penutup, dll), menyelak: ia ~ selimut yg menutup kepala anaknya; ada yg menengok dr kisi-kisi, ada yg menengok dr tingkap, ada yg ~ atap; 2. ki membongkar atau membuka (rahsia dll), mendedahkan (sesuatu): beliau telah ~ rahsia menteri-menteri pusat yg tidak disukai; sajak­-sajak A. Wahab Ali ada yg boleh diterima sbg panduan hidup kerana ia telah me­nyingkapkan rahsia hidup yg sebenarnya; 3. ki menceritakan kembali (perkara yg telah lalu, sejarah, dll): perbuatan mereka kali ini tidak lagi setakat ~-nyingkap sejarah pendek yg telah lalu; singkap daun, ambil isi prb berkata-kata dgn terus terang (tidak berbelit­belit); tersingkap 1. terbuka, terselak: maka tirai pedati Sumirah pun ~; 2. ki terbongkar (rah­sia dll); ~ hati ki suka (senang) hati; penyingkapan perbuatan menyingkap(kan), pendedahan: ~ dgn bersandarkan penge­tahuan yg lalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.kap] | سيڠکڤ

Definisi : ; menyingkap 1 membuka sesuatu yg menutupi; menyelak: Dia ~ kelambunya. 2 menceritakan kembali apa-apa yg telah berlaku dsb; membuka rahsia dsb. tersingkap ter­buka atau terangkat penutupnya; ter­selak: Langsir tingkap di biliknya ~ sedikit. penyingkapan perbuatan atau perihal menyingkap: ~ kisah lama membawa kenangannya kembali ke zaman kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singkap
Kata Terbitan : menyingkap, tersingkap,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ku Singkap Kenangan LaluSurayanti SallehDara.com1 November 2006
'Gol & Gincu' singkap rahsia remajaRohaizat ZakariyaMedia Hiburan13 August 2005
Malaysia-Filipina singkap era baruAmir TanDewan Ekonomi1 March 1995
'Antara Naga & Buaya' singkap penderaan wanitaAiza Akma RamlanMedia Hiburan12 August 2006
Air batu kutub selatan singkap sejarahTiadaDewan Siswa1 February 1985

Kembali ke atas