[so.sial] | سوسيال
Definisi : 1. segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan: kedudukan ekonomi dan ~nya pd masa ini belum begitu kuat; 2. berkaitan dgn persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang: kelab ~; aktiviti ~; 3. suka bergaul dan bermesra: gadis yg ~; 4. bkn hal-hal kemasyarakatan: pemimpin yg ~; perjumpaan ~ keramaian; ~ demokrasi faham atau ajaran yg bertujuan membangunkan masyarakat secara damai utk mencapai masyarakat sosialis; ~ demokrat penganut atau penganjur faham sosial demokrasi; bersosial bercampur gaul (biasanya dimaksudkan antara lelaki dgn perempuan): pemuda pemudi yg pandai ~ dan menyesuaikan diri dgn kehendak-kehendak zaman; kesosialan perihal sosial: kerana perasaan ~nya, beliau selalu disukai orang dlm pergaulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[so.sial] | سوسيال
Definisi : 1 segala hal yg berkaitan dgn masyarakat; kemasyarakatan. 2 suka mengambil berat ttg hal-hal masyarakat; suka bercampur dgn masyarakat: Dia sangat popular serta ~ pula. bersosial bergaul atau bercampur dgn masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)