[sta.bil] | ستابيل
Definisi : I 1. tidak berubah-ubah atau turun naik dsb dgn kerapnya (bkn harga dll); 2. tidak bergoyang (bkn kenderaan dll); 3. mantap, kukuh, tenang, tidak bergolak (bkn keadaan politik dsb): politik yg ~; menstabilkan menjadikan stabil (tidak berubah-ubah, tenang, mantap), memantapkan: menjual sedikit-sedikit utk ~ harga, jangan membanjiri pasar dgn sekali gus; kestabilan perihal atau keadaan stabil (ekonomi dll) kemantapan, stabiliti: kerajaan perlu sekali mengawal dasar kewangannya bagi menjaga ~ kewangan negara; ketidakstabilan perihal atau keadaan tidak stabil: salah satu punca utama masalah ekonomi yg dihadapi oleh negara adalah akibat ~ sistem ekonomi dunia; penstabilan proses (usaha, tindakan) menstabilkan (ekonomi, harga, dll), stabilisasi, pemantapan; penstabil alat (faktor dll) utk menstabilkan (ekonomi, harga, dll), pemantap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sta.bil] | ستابيل
Definisi : (S.Lukis) arca pegun berbentuk abstrak yg biasanya diperbuat drpd dawai, kepingan logam dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sta.bil] | ستابيل
Definisi : 1 kukuh keadaannya (bkn pemerintahan, bangunan dsb); mantap: Politik yg ~ menjamin kemakmuran negara. 2 tidak turun naik (ttg harga barang, prestasi permainan dll). 3 tidak bergoyang (bkn kenderaan dsb); seimbang. menstabilkan menjadikan stabil: Negara telah dpt ~ harga timah dlm lingkungan harga yg wajar. kestabilan keadaan atau hal stabil. penstabilan perbuatan atau hal menstabilkan; pemantapan. penstabil alat, faktor dll yg menstabilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)