Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taf.sir] | تفسير

Definisi : 1. keterangan dan penjelasan bkn ayat-ayat Quran (kitab suci): kuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji; ahli ~ orang yg bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran; 2. = tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ meng­anggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenya­taan tersebut; juru~ orang yg memberi pen­jelasan (ulasan dll); mentafsirkan 1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi pen­jelasan (keterangan), mengulas, mengerti­kan, menjelaskan: mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg syak dan waham; tafsiran 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat; pentafsiran perihal (perbuatan) mentafsir­kan (sesuatu); pentafsir orang yg mentafsirkan, ahli tafsir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taf.sir] | تفسير

Definisi : 1 keterangan atau penjelasan mengenai maksud ayat Quran atau hadis. 2 = tafsiran penjelasan me­nge­nai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan ter­hadap kenyataan tsb. mentafsirkan 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; me­nghuraikan; menjelaskan. pen­tafsiran perihal (perbuatan dll) men­tafsirkan; penjelasan. pentafsir orang yg mentafsirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tafsir
Kata Terbitan : tafsiran, mentafsirkan, pentafsir,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tafsir Jejak KitaHusano, Eza ThabryHorison1 March 2007
Tafsir CintaJa'afar Haji HamdanDewan Sastera1 October 2006
Tafsir: menuju puisi?Ahmad SahalKalam1 October 1997
Tafsir BahasaTiadaDian1 February 1975
Sebuah pengantar agungilmu tafsir [Ulasan buku 'Pengantarepada usul al-tafsir' oleh Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyah]Salman SulaimanDewan Budaya1 October 2007
Salah Tafsir "Ketuanan Melayu"Hassan AhmadDewan Masyarakat1 August 2008
Sebutir TafsirAdi MarhaenDewan Sastera15 October 1980
Salah tafsir dalam konsep keislaman: pemikiran Syekh Muhammadal-GhazaliMahmood ZuhdiAl Islam1 June 1996
Salah tafsir punca penganiayaanMohamad Jajuli Abdul RahmanDewan Budaya1 July 1996
Puisi Sebagai Teks Tafsir Seni KaryaArbak OthmanDewan Sastera1 March 2000
12

Kembali ke atas