Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taq.dir] | تقدير

Definisi : = ~ Allah = takdirullah sesuatu yg ditentu­kan oleh Allah terlebih dahulu, penen­tuan drpd Allah, qadak: suratan ~ di tangan Tuhan; 2. ki untung nasib: jangan berpeluk tubuh sahaja menyerahkan diri kpd ~; 3. = ~nya jikalaulah, seandainya, sekiranya: ~nya terjadi apa-apa kpd diri abang, kpd siapa kami akan bergantung; 4. kalau... pun, meski... pun: ~ pun kita tidak membelinya, orang lain akan membelinya; mentakdirkan menentukan lebih dahulu (oleh Allah), memutuskan lebih dahulu: dia telah ditakdirkan mati dgn cara yg dahsyat;ketakdiran perihal ditakdirkan (ditentukan), ketentuan (nasib dll): sesuatu ~ tiada datang dgn tiba-tiba, tetapi ada garis yg dilaluinya; yg ada sekarang ini, menurut fikiranku ialah buatan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taq.dir] | تقدير

Definisi : , = ~ Allah apa-apa yg sudah terlebih dahulu ditentukan oleh Allah. takdirnya sekiranya; seandai­nya: ~ dia ditimpa kemalangan, tentu ke­luarga­nya akan mendapat kesusahan. mentakdir­kan menentukan terlebih dahulu (oleh Allah): Allah Yg Maha Kuasa telah ~ kita begini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takdir (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan nasib, untung nasib, ketentuan, qada dan qadar, bahagian, hak, rezeki, suratan, bintang, tuah, habuan, ganjaran;,
Kata Terbitan : takdirnya, mentakdirkan,

Puisi
 

Naik ke bukit bekerja daya,
     Tempat orang menggaji kayu;
Untung nasib takdir saya,
     Bunga kembang menjadi layu.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Takdir Saya Menjadi PenulisA. Rahim AbdullahDewan Sastera1 September 2002
Takdir dalam Hikayat Merong MahawangsaNoriah TaslimDewan Sastera1 March 2009
Takdir KitaAmieda DSURTV15 November 2008
Takdir TerindahIstiqamah_NurRemaja15 February 2008
TakdirAdnan A.mURTV1 October 2007
Takdir Hidup ManusiaWardiansyah, DianHorison1 April 2006
Takdir dan TemanTiadaRemaja1 July 2006
Takdir Menentukan Segala-galanyaZanaIbu1 August 2000
Takdir Seorang IsteriSolihin OsmanJelita1 February 2003
Takdir Penentu SegalanyaAngahRemaja1 March 1997
123456789

Kembali ke atas