[ta.lam] | تالم
Definisi : sj dulang yg tidak berkaki (tempat menyajikan makanan, minuman, dll): dia keluar membawa sebuah ~ yg berisi secawan kopi; kuih ~ = tepung ~ sj kuih yg lapisan bawahnya dibuat drpd campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala lapisan atasnya (kepalanya) drpd santan kelapa; spt ~ dua muka prb perihal orang yg berbuat baik kpd dua orang yg berseteru (utk keuntungan diri sendiri); spt air dlm ~ prb dlm keadaan sentosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.lam] | تالم
Definisi : dulang tidak berkaki tempat menyajikan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)