Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.dus] | تندوس

Definisi : 1. tidak ditumbuhi apa-apa (tanah); padang ~ padang yg tidak ada tanamannya; 2. sedikit pun tidak ada lagi, habis langsung, licin-licau (wang, harta, dll); menanduskan menyebabkan tandus; ketandusan 1. perihal tandus, ketiadaan sama sekali: ‘Dilema Melayu’ ditulis dlm masa ~ daya dan kepapaan bangsa; 2. telah habis langsung (bkn idea, modal, bakat dsb), mengalami keadaan tandus, kehabisan: universiti itu mempunyai ramai pelajar dan tidak ~ bakat; benarkah beliau telah diper­alatkan oleh kumpulan serpihan yg sudah ~ idea perjuangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.dus] | تندوس

Definisi : tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yg tidak ditumbuhi apa-apa. menanduskan menyebabkan tan­dus: Kemarau yg panjang telah ~ kawasan itu. ketandusan keadaan tan­­dus. penan­dus­an perihal atau proses menjadi (men­jadikan) tandus: Mengharamkan pe­ne­bangan pokok se­cara berleluasa dpt men­cegah ~ hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandus (adjektif)
1. Bersinonim dengan gondol: gersang, kersang, safsaf,

2. Bersinonim dengan habis langsung: licin-licau, tiada lagi, hilang, lenyap, pupus, tandas,

Kata Terbitan : ketandusan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tandus di Tanah SuburNasution, Nursjamsu,Horison1 May 2007
Tandus di Tanah SuburNursjamsu NasutionDewan Sastera1 January 2007
TandusMohamad Haji SallehHorison1 April 1971
Asmara TandusSyafikah EffendiDewan Sastra15 June 1975
Perak tidak tandus dengan seni dramaTiadaURTV15 August 1973
Pendidikan muzik yang tandusGhafar AbdullahDewan Siswa1 February 1986
Junjung Patah Di Bumi TandusOsman ManapDewan Masyarakat15 April 1969
Kisah Bersejarah Di Lembah TandusHamzalah MYAl Islam1 December 1995

Kembali ke atas