Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ri] | تاري

Definisi : = tarian gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik; ~ gambus sj tari yg diiringi oleh gambus dan rebana; ~ inai = ~ piring tari dgn meng­gu­nakan piring dan lilin (oleh gadis-gadis); ~ keris (sewar, sikin) tari dgn memainkan keris (sewar, sikin); ~ kipas tari dgn memainkan kipas; ~ payung sj tari dgn menggunakan pa­yung; ~ sapu tangan tari dgn melambai-lam­baikan sapu tangan; ~ selendang tari dgn me­makai selendang; ~ serimpi sj tari yg di­pertunjukkan oleh perempuan (di istana Jokja, Solo); menari, bertari ark melakukan tari dgn mengikut muzik: kakak Ramlah sedang ~, sedang berlatih ~; ~ di ladang orang prb bersuka-suka memakai harta orang lain dgn tidak mengingat kerugian orang itu; ~ yg tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkat = sebab tiada tahu ~ dikata-kan tanah lembap prb sebab tidak tahu mem-buat sesuatu pekerjaan, dikatakan perkakas yg salah atau tidak cukup; menari-nari melompat-lompat (kegirangan dll), mendompak-dompak, bergerak-gerak pantas dan lancar (spt gerakan menari (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ri] | تاري

Definisi : , = tarian gerakan badan, kaki serta tangan mengikut tingkah atau mengikut rentak muzik: ~ payung; ~ piring; ~ selendang. menari meng­gerakkan badan, kaki serta tangan mengikut irama muzik; melakukan tari: Kakak Salma pandai ~. menari-nari melompat-lompat kerana gem­bira dll. menarikan melakukan sesuatu sbg tari: Mereka bangun lalu sama-sama ~ Joget Pahang. tari-tarian, tari-menari bermacam-macam tari: majlis ~. penari orang yg (pandai) menari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tari
Kata Terbitan : menari, tarian, penari,

Puisi
 

Mengkarak airnya biru,
     Hanyut pasung bertari-tari;
Kalau hendak tidak begitu,
     Cubalah langsung barang sekali.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Konsert tari tradisional dan tari kontemporariShaari SafieDewan Budaya1 June 2007
Tari KehidupanShahrun M. NURTV1 February 1997
Tari Warna AlamMohamad Rahimi DeramanTunas Cipta1 October 2005
Tari dabus mengalami perubahanOthman RasulDewan Budaya1 February 1981
Tari KenyalangMarzuki AliVariasari1 July 1994
Tari '94 dan festival muzik peribumi antarabangsaTiadaDewan Budaya1 August 1994
Meriahnya Tari '07: Aswara berjaya himpun seni tari antarabangsaJuan Danzai-Remaja1 September 2007
Kostum tariZubaidah SualPentas1 September 2006
Gerak tari Raja BersiongMohamed Ghouse NasuruddinDewan Budaya1 July 2008
Festival Tari Malaysia 2007Shaari SafieDewan Budaya1 September 2007
123

Kembali ke atas