Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.de.dah] | تردده

Definisi : 1. terbuka (bkn pintu, tingkap): pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk; 2. tidak tertutup (bkn badan, makanan, dll): penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~; pahanya ~; 3. berada dlm keadaan terbuka kpd (pengaruh sesuatu dsb): pd dasarnya orang Melayu makin ~ kpd dunia luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.de.dah] | تردده

Definisi : 1 terbuka (bkn pintu, tingkap dsb): Jangan biarkan pintu depan itu ~, nanti dimasuki pencuri. 2 tidak tertutup (bkn makanan, badan dll): Mengapa hidangan ini ~ saja? 3 dpt dipengaruhi oleh: Apabila hubungan diperluas, sesuatu masyarakat itu ~ kpd perkembangan peradaban dlm masyarakat lain. 4 tidak dilindungi: Tugas yg sulit itu ~ kpd bahaya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdedah

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kalau aurat terdedahAbu Hassan Din al-HafizDewan Siswa1 May 1986
Malam Dingin Yang TerdedahAnizarURTV1 March 1974
Kurangkan penduduk dunia: muslihat Barat terdedah lagi!Hassan AhmadDewan Masyarakat1 November 1994

Kembali ke atas